Tidaklah hanya cantik pada pandangan mahupun harum baunya meresap ke dalam jiwa, bunga mawar juga sarat manfaat dalam memelihara kecantikan.
Jika dikaji sejarah awal dunia kecantikan, bunga mawar bukanlah satu bahan asing yang dijadikan sebagai ‘penawar’ merawat juga memelihara kulit. Selain disenangi dek baunya, banyak kajian Sudah dijalankan dalam mencungkil 1001 kebaikan bunga yang turut dipanggil sebagai ros ini.
Air mawar misalnya punya faedah untuk menyeimbangkan kelembapan kulit dan secara tidak langsung ia mampu mengawal penghasilan minyak. Oleh kerana ia melembap dengan mendalam, kandungan air di dalam air mawar menyekat paras minyak dan menyeimbangkan keeimbangan paras pH kulit. Air mawar jika ikut cerita orang dulu-dulu banyak digunakan dalam upacara keagamaan. Ada yang beranggapan kelopak mawar dijadikan sebagai penenag jiwa dan berduka lara, maka sebab itulah air mawar sering digunakan di majlis pengebumian.
Minyak mawar yang dikenali juga sebagai otto atau attar dalam keluarga bunga mawar, minyak yang diekstrak dari bunga mawar mempunyai kebaikan untuk meredakan keradangan kulit.
Roseship seed oil tidaklah datang daripada kelopak bunga mawar tetapi sebaliknya terhasil daripada buah pokok mawar. Jika ada yang tak tahu, yang dimaksudkan sebagai ‘buah’ ini ialah biji-biji pada tengah bunga mawar, dan anda Boleh nampak ‘buah’ ini jika kelopak-kelopak mawar ini dicabut atau gugur. Roseship seed oil sesuai untuk kulit matang kerana ia mewah dengan kandungan vitamin A dan C, dan ia juga berupaya merawat kulit yang mengalami ekzema, psoriasis dan dermatitis.
Kelopak mawar pula sebagaimana cantik rupanya, ‘cantik’ juga bau dan manfaatnya. Di zaman Greek dan Roman kelopak bunga mawar sangat popular dijadikan sebagai bahan mandian. Maka tidak hairanlah banyak jenama wangian menggunakan kelopak mawar sebagai bahan popular dalam minyak wangi Mereka sejak dulu lagi. Mawar pula bermacam-macam jenis dan setiap satunya punya kelebihannya tersendiri.
Baca: Kenali Jenama Kecantikan Milik Selebriti
MANFAAT MAWAR DALAM SERUM MAMONDE
Tahun ini Mamonde memperkenalkan Rose Blemish Clearing Serum yang dicipta untuk merawat masalah jerawat termasuklah jerawat yang diebabkan oleh penggunaan topeng pelitup muka. Serum pelbagai manfaat ini bertindak menyamankan kulit juga melembap dan mencerah. Bahan utamanya ialah Damask Rose yang punya kebaikan untuk menenang dan melembapkan kulit. Manakala bunga ros putih dan Centifolia rose mempunyai bahan yang merawat jerawat juga memudarkan bahagian wajah yang mempunyai parut sekaligus mencerahkan kulit. Lengkapkan rutin penggunaan serum ini dengan menggunakan Water Toner sleeps emncuci muka, dan sudahi Belgian kulit dengan sapuan serum dan Rose Water Gel Cream. Harga Rose Blemish Clearing Serum RM125 (30ml).