Burberry turut sama meraikan ketibaan musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba Februari nanti. Melihatkan pasaran di China yang semakin berkembang, maka itu Burberry mengambil insiatif untuk meraikan perayaan utama masyarakat di China dengan menerbitkan kempen filem dan koleksi kapsul berinspirasikan perayaan Tahun Baru Cina.
Kempen Burberry’s 2021 Chinese New Year merupakan arahan Derek Tsang yang menampilkan duta jenama Burberry, Zhou Dongyu dan Song Weilong sebagai wajah utama.
Pelancaran kempen Tahun Baru Cina ini menandakan bahawa pasaran Asia adalah fokus utama Burberry, yang mana pelanggan utama Burberry adalah dikalangan Asia, di samping itu ingin meraikan diversifikasi dalam fesyen. Orang-orang Asia kini difokuskan, setanding dengan bangsa-bangsa lain.
Kempen filem dedikasi perayaan Tahun Baru Cina ini bereksperimen dan mengeksplorasi identiti serta jati diri masyarakat Cina dalam olahan moden, yang menjalani penggambaran di kawasan luar.
Kempen filem bertajuk “A New Awakening” mengikuti kembara karakter-karakter dalam filem yang dilakukan dalam lima deria. Filem tersebut menyemati semangat Tahun Baru Cina, di samping itu keterujaan menyambut musim baharu. Sambil menjunjung optimistik, kepositifan dalam memasuki fasa baharu kehidupan dalam dunia yang sukar untuk diduga. Selaras dengan situasi semasa yang sungguh ‘unexpected’.
Menurut Riccardo Tisci merangkap Pengarah Kreatif Burberry, dia gemar mencari inspirasi baharu melalui alam dan menggarap semangat alam. Karya “A New Awakening” melambangkan hubungan antara manusia dan dunia luar. Life is always about discovering new things. Sempena tahun baharu, Riccardo menggesa semua untuk meneruskan usaha mencari cinta, ketenangan, kekuatan dan harapan. Berikut merupakan perkara-perkara yang indah dalam kehidupan.
Sempena dengan penerbitan “A New Awakening”, Burberry turut menghadirkan koleksi kapsul Chinese New Year 2021 yang menampilkan motif Thomas Burberry Monogram. Disuntik elemen haiwan lembu sebagai tanda haiwan yang mewakili kalendar Lunar untuk tahun 2021. Koleksi kapsul yang memuatkan kemeja, kemeja T, jaket, seluar dan aksesori kecil akan dijual di China, Australia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, Taiwan dan Thailand.
Artikel berkaitan: Calvin Klein CNY2021, Kini Di Pasaran