EH! mengumpul tujuh tip solekan juga idea rias wajah daripada Lucia Pica, pengarah solekan kreatif dan warna Chanel yang boleh kita cuba pada detik awal meraikan ketibaan 2021, walaupun sketika ini kita sekadar berhias di rumah sahaja.
1- Berkreatif. Jika dalam satu palet pembayang mata anda empat warna, anda boleh gunakan satu, dua, tiga atau kesemuanya. Lapiskan antara satu warna dengan warna yang lain untuk solekan mata yang lebih mampan. Sapukan pembayang mata metalik di atas pembayang mata lain untuk efek mata lebih sensual.
2- Pembayang mata ton gelap bukan sahaja boleh disapu apda seluruh kelopak mata, boleh juga dijadikan sebagai penggaris mata. Lembutkannya dengan pembayang mata yang lebih terang dengan sapukan pada hujung mata.
3- Sapukan maskara dalam ton berbeza, tidak semestinya hitam. Misalnya boleh calitkan Le Volume De Chanel dalam warna Metal Terracotta pada bulu mata bawah untuk hasil solekan mata yang berbeza.
4- Untuk hasil solekan yang membuatkan wajah lebih glowing, Lucia Pica mencadangkan anda layangkan pemerah pipi pada buah pipi dan layangkan highlighter pada tulang pipi sahaja.
5- Untuk solekan yang segar seperti wajah dicium mentari, layangkan Fleurs De Printemps pada hidung termasuklah bahagian wajah lain yang akan mudah menangkap cahaya matahari misalnya pada atas bibir dan dagu.
6- Sapukan gincu terus dari batangnya kerana ia memberi efek yang lebih bersahaja. Musim ini bibir tidak semestinya perlu tampil sempurna bagai dilukis, Lucia Pica mencadangkan gaya sedikit comot.
7- Boleh campurkan warna gincu yang berbeza, misalnya sapukan ton yang lebih terang pada tengah bibir untuk mencipta ton gradient. Be creative ladies!
Artikel Berkaitan: Solekan Grafik Lucia Pica Buat Chanel Métier d’art Collection 20/21
TERBARU DARI CHANEL
Koleksi mekap musim bunga/panas Chanel 2021 dinamakan sebagai Les Fleurs De Chanel yang dari namanya sudah dapat ditelah ia bersangkut-paut dengan inspirasi bunga-bungaan. Lucia Pica berkolaborasi bersama Chanel Makeup Creation Studio mentelaah dunia bunga-bungaan dalam mengolah ilham koleksi ini, dari kuntuman camelia yang menjadi kesukaan Coco Chanel hinggalah kepada bunga-bunga lain seperti peoni, iris, carnation, dan sweet peas.
Hasil dari eksplorasi idea Lucia Pica dan Chanel, maka terhasillah ton-ton solekan yang lebih panas yang ‘disuamkan’ dengan percikan ton dingin juga efek sedikit berkilau dalam simbahan warna-warna tanah. Lucia turut bermain dengan warna jingga dan koral yang dilihat mencetus wajah polos yang berseri-seri. Apa yang lebih saya suka ialah maskara dalam warna terracotta yang dipopularkan semula musim ini betul-betul menangkap mata.