Temubual bersama Yuna tempoh hari bukan sahaja berbicara tentang pengalaman hidup dan seni, wanita berusia 34 tahun ini turut berkongsi tentang kasih sayang famili yang banyak mempengaruhi cara dia melihat dan menilai erti kehidupan hari ini. “Keluarga Adam, the most beautiful family I ever met.”
Pengarah Kreatif KHAIRUL ABIDIN, Pengarang Fesyen JOHAN KASSIM, Jurugambar EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO), Solekan SHIYO JOO menggunakan DIOR MAKEUP
Tahun 2020 menyaksikan tularnya pandemik Covid-19 yang pernah membuat seantero duni terkurung, duduk di rumah, aktiviti lazim tersekat dan terlalu banyak batas-batas yang membuatkan kita semua tidak bisa menjalani kehidupan seperti lazim. Pandemik ini membuatkan kita perlu mengadaptasi kehidupan dengan norma-norma baharu. “Sepantas mana you adapt dengan perubahan?” “Cepat!”, pantas Yuna menjawab. “Sejak kecil saya dah biasa dengan perubahan dan saya perlu sesuaikan diri dengan sekeliling. As a kid I moved around a lot. Dari sudah terbiasa dengan kehidupan di Subang, kami berpindah ke Perlis. Bayangkan Dari SS15 to Perlis, kemudian saya masuk ke UiTM. Kemudian bila masuk ke industri muzik, perlu adapt dengan music scene pula. Tahun ini dengan adanya pandemik, saya sudah tidak boleh buat show, no more tour jadi saya kena rancang sesuatu untuk kerjaya saya. Jadi dari situ datang idea nak buat konsert virtual di Aquaria.” Sepanjang ‘lockdown’ tahun lalu Yuna sempat menyudahkan beberapa lagu termasuk Stay Where You Are dan juga yang ternary Dance Like Nobody’s Watching.
“Kita kena lihat dan peka dengan sekeliling kita. Perlu kreatif dan dengan berlakunya pandemik ini kita kena kerja keras tiga kali ganda. Suka atau tidak kita kena buat sesuatu jika tidak kita sendiri yang ketinggalan. Usahlah tunggu sampai benda kembali normal, kita sendiri takkan tahu bila. Kita kena berani untuk improvise.”
“Hari ini ada macam-macam kemudahan teknologi, gunakan untuk promosikan kerja-kerja kita. Kita ada TikTok, dan sekarang saya ada Twitch yang terkenal untuk gamers tapi saya gunakan medium ini untuk berkongsi my music, dan selalunya dalam tiga kali seminggu saya akan muncul di Twitch. Sebagai artis kita kena rajin cari cara untuk berhubung atau engage dengan peminat.”
Buat masa ini menurut Yuna dia sibuk memberi fokus pada kerja-kerja menulis lagu dan dalam proses menyempurnakan album terbaru dan dijangka dilancarkan pada Mac nanti. Tambah Yuna lagi dia dalam proses melengkapkan projek istimewa bersama Aizat, dan dia sendiri sangat teruja untuk kerjasama ini. “Kalau tengok Aizat pun sekarang dia dah lebih fesyen, rambut dia pun dah blonde kan. Kalau nak tahu apa, tunggu saja,” jelas Yuna yang sudah lama bersahabat dengan Aizat. Malah jika ada yang masih ingat, Aizat yang menggantikan Yuna di pentas AJL untuk lagu Terukir Di Bintang, dan lagu itu muncul juara pada tahun itu.
Bicara saya bersama Yuna tengahari itu juga berkisar tentang apa yang berlaku di Amerika, sebagai penyanyi asal Malaysia yang ‘menjual’ muziknya di sana, saya percaya pasti ada impak padanya, tak banyak sikit pasti ada. “Bagaimana Yuna melihat isu Black Lives Matter, yang memuncak tahun lalu, dan syukurnya Yuna berada di Malaysia.” “Hal ini sebenarnya sama seperti mana kita melihat isu Palestin. Soal racism ini memang berlaku di sana. Ia adalah satu isu yang komuniti Black perjuangkan sejak dulu lagi. Saya rasa saya perlu bersuara dan beri pendapat tentang isu ini. Saya membesar dengan muzik mereka, saya terinspirasi melihat nyanyain mereka, koreografi dan karya-karya mereka. Saya takkan berada di sini jika bukan kerana TLC.”
“Orang yang datang melihat persembahan saya selalunya Asian-American, Muslim American dan African-American, it’s not right kalau saya tak cakap apa-apa tentang isu ini. Orang boleh cakap saya orang Malaysia, tak perlu ‘poyo’ nak cakap fasal BLM, tapi mereka tak lalui apa yang saya lalui.”
“Mana-mana saya pergi atau tiap kali membuat persembahan, saya mendapat sokongan daripada komuniti ini. Mereka adalah kelompok yang membuatkan saya selesa untuk berkarya, mereka menghargai muzik saya. Saya berhijrah ke sana di era selepas kejadian September 11, islamophobia itu memang ada. Saya takkan mampu bertahan di sana tanpa mereka.”
“Bagaimana pula dengan kemenangan Joe Biden.” “Obviously saya tak mengundi tapi it feels great untuk melihat mereka berjaya singkirkan orang paling racist. Waktu Trump masih berkuasa kita memang boleh rasa tekanan racism itu. Saya naik ke pentas di negara yang penggunaan senjata api itu berleluasa, bebas, jauh di sudut hati saya memang ada perasaan takut tapi saya tak cerita kat orang, sebab kita tak mahu orang panik. Sebagai wanita muslim, of course saya ada rasa takut. Saya ambil risiko. It was scary time. Saya harap keadaan akan bertambah baik selepas ini. ”
“Siapa pengkritik you?” “Saya boleh kata peminat saya di Malaysia adalah pengkritik utama saya, dan saya ambil yang membina sahaja. Saya ambil kira apa yang mereka cakap sebab mereka melihat perkembangan kerjaya saya sejak awal lagi. Macam recently ada yang cadangkan untuk saya fokus kepada lagu-lagu yang menonjolkan vokal seperti yang dulu, not too much music or production. Why not? Komen dan kritikan sebegitu saya akan dengar dan pertimbangkan.”
“Dalam skala satu hingga 10, sebagus mana Yuna menerima kritikan?” “Jika waktu muda-muda dulu, saya rasa kosong kot,” Yuna ketawa. “Sekarang ni saya rasa sembilan. Jika apa yang orang kritik itu Boleh buat saya jadi lebih baik saya akan terima. Saya beri perhatian pada kritikan yang ada input, jika sebaliknya mengapa perlu ambil kisah.”
Artikel Berkaitan: Yuna, One & Only… (And original)
“Apa yang Yuna ingat tentang zaman kanak-kanak atau remaja Yuna? Misalnya pengalaman menetap di Perlis?” “Perlis sangat tenteram. Mereka sangat laid back. Mereka baik, mereka tak judgemental, mereka ada stail yang tidak kisah sangat hal orang lain dan saya membesar dengan pemikiran begitu. Budayanya, ‘hang nak buat apa, buatlah’. Kita macam negeri yang dilupakan sikit,” dia ketawa. “Perlis kecil dan sangat family oriented. Dan saya belajar untuk menghargai sekecil-kecil benda di sana. Sewaktu saya membesar McDonalds pun tak ada, no Watson, no Guardian. Saya tinggal di sana lebih kurang lima tahun, sejak umur 15 tahun. Waktu saya dah belajar di UiTM, my parents masih di sana.”
“Bagaimana membesar sebagai anak tunggal?” “Saya perlu menjadi seorang yang kreatif. Tak ada adik-beradik lain untuk bermain jadi saya perlu bijak cari alternatif untuk bermain seperti orang lain. Walaupun anak tunggal saya tak dimanjakan. Jika ada benda yang saya mahu, saya kena usaha sendiri. Saya dulu takut nak minta apa-apa sebab my parents garang especially my mom.”
“Sunyi?” “Saya tak rasa sunyi sebab saya sangat rapat dengan my mom. Kita banyak buat benda bersama. Saya membesar dengan aktivtii orang dewasa. Saya suka pretend macam saya bekerja di pejabat, kerja di majalah, potong gambar-gambar dan tampal jadi majalah sendiri. Berangan buat photoshoot pakai my mom punya baju dan aksesori. My mom pandai melukis, jadi saya akan suruh dia lukis figure model.”
Masuk bulan hadapan, genap setahun pemergian aktor Ashraf Sinclair yang juga merupakan abang kepada suami Yuna, Adam. Dan dari berita pemergiannya pada Februari 2020 itu sebenarnya telah membawa cerita indah tentang keluarga ini. Saya sendiri ketika itu terpanggil untuk melihat muat naik yang dikongsikan oleh ibu mentua Yuna sendiri. Dari situ saya lihat kedua ibu bapa Ashraf cukup loving, mereka cukup expressive dalam menzahirkan kasih sayang mereka sekeluarga. Dari situ saya anggap Yuna sangat bertuah dikurniakan keluarga mentua yang cukup kaish mengasihi satu sama lain.
“I do feel lucky. Bila Abang Ashraf meninggal dunia, pengalaman melihat hubungan dan kasih sayang mereka sekeluarga membuatkan saya lebih jatuh cinta kepada Adam. Dia lahir dari sebuah keluarga yang positif, supportive and loving family. The most beautiful family I ever met.”
“Keluarga Adam menerima saya, juga sesiapa sahaja, they accept you, they won’t change you, and they won’t tell you what to do. Umi dan Daddy membesarkan anak-anak mereka dengan baik, they raise amazing kids. Setiap dari mereka ada karakter dan mereka work so hard. Adam yang saya kenal bukan seorang yang mengejar status atau wang, dan saya percayakan hal ini sebab melihatkan keluarganya. Bagi Adam cukup sekadar dia dapat menjaga orang yang dia sayang. Saya gembira bertemu dengan sebuah keluarga yang baik dan saya anggap ini juga satu hadiah buat kedua ibu bapa saya sendiri.”