Selena Gomez kembali dengan cinta baru bersama De Una Vez. Ilham solekan berkonsepkan ‘dreamy’ serlahkan wajah cantiknya turut hangat diperkatakan.
Penyanyi terkenal kesayangan ramai ini sudah agak lama menyepi kini hadir dengan buah hati baru. Bukan pengganti ‘soulmate’ tetapi sesuatu yang lebih bersifat masterpiece! Dia tampilkan lagu terbaru dalam bahasa Sepanyol sepenuhnya. Katanya, lagu baru ini sempena dirinya sudah mula dengan kehidupan baru lebih fresh! Dari set lokasi, pilihan busananya hingga lah ke ilham solekan cantik hangat diperkatakan. Dia juga turut bergelar sebagai usahawan kosmetik, dia memiliki jenama kecantikan, Rare Beauty. Dia sangat terkenal dengan gaya tersendiri tidak terlalu mengikut trend. “Being rare is about being comfortable with yourself. I’ve stopped trying to be perfect. I just want to be me,” petikan dari Selena Gomez untuk penggemar Rare Beauty.
Disebabkan keunikan personaliti dirinya, klip video De Una Vez bawakan kelainan. Menurut jurusolek Melissa Murdick , De Una Vez sesuatu yang ‘dreamy’. Segalanya cantik dan sangat mudah ditiru.
“Saya ingin dia kelihatan sangat cantik dan feminin sepanjang berada dalam klip video De Una Vez.”
Jurusolek Melissa Murdick
Solekan romantik dan lembut direka khas untuk De Una Vez ternyata cipta momen tersendiri. Menggunakan Rare Beauty dalam menampilkan solekan serba feminin dan cantik. “Saya ingin dia kelihatan sangat cantik dan feminin sepanjang berada dalam klip video De Una Vez.” Melissa menceduk idea solekan dari pentas peragaan Dolce & Gabbana 2014 dan Alexander McQueen 2016. Tidak ketinggalan, kukunya juga mendapat sentuhan dari Tom Bachik yang direka khas untuk bintang kesayangannya.
Artikel berkaitan Momen Penting Dunia Kecantikan Sepanjang 2020