Pelantun Terukir di Bintang, Yuna menjadi wajah kempen baru Laneige untuk rangfaian terkininya Perfect Renew yang mula dilancarkan minggu lalu.
Tampil dalam busana ton putih dengan latar belakang biru, Yuna tampil mempamerkan kulitnya yang tampil segar dan juga tampak sekata tonnya. “Tugas saya sebagai penyanyi memerlukan saya berada di bawah cahaya lampu dan kamera, dan semestinya saya mahukan kulit saya nampak sempurna di depan lensa,” kongsi Yuna.
“The Perfect Renew Youth Generator bertekstur ringan dan ia diserap dengan pantas. Serum ini emmbuatkan kulit saya lebih anjal dan saya rasa lebih berseri. Dengan HDSkin saya tidak lagi gentar bila lensa kamera betul-betul rapat ke wajah saya,” kongsi Yuna yang sedang popular dengan single terbarunya, Dance Like Nobody’s Watching.
Laneige menerusi rangkaian terbarunya yang dinamakan Laneige Perfect Renew menawarkan rangkaian produk yang dicipta khusus untuk mereka yang cukup prihatin akan perubahan kulit akibat pertambahan usia.
Apa yang berada di pasaran hari ini adalah hasil kajian Laneige yang dijalankan lebih 25 tahun dalam dunia kecantikan. Bintang produk dalam rangkaian ini ialah Laneige Perfect Youth Regenerator yang dimewahkan dengan esen pekat yang mampu menggalakkan enghasilan kolagen kulit menerusi Glyco-Miracle iaitu kombinasi Energy-Glyco dan Tripeptide yang membuatkan anda dapat melihat perubahan pada kulit dalam jangka masa tujuh hari.
Tri-Peptide yang diisikan dalam botol-botol rangkaian ini datangnya dari Perancis dan ia mengandungi asid amino yang menggalakkan penghasilan kolagen untuk memperbaiki keanjalan kulit. Ia juga dimewahkan dengan anti-oksidan dan acai beri juga ekstrak acerola yang melindungi kulti dari tanda-tanda penuaan.
Rangkaian ini hadir dengan himpunan lengkap merangkumi penyegar (toner) hinggalah ke krim muka untuk melengkapi rejim penjagaan kulit anda dalam menentang tanda-tanda penuaan, ada enam produk semuanya.
Artikel Berkaitan: “Keluarga Adam, The Most Beautiful Family I Ever Met,”- Yuna
URUTAN WAJAH DENGAN RANGKAIAN PERFECT RENEW
Salah satu rahsia wajah yang nampak segar ialah urutan wajah. Tidak ramai yang rajin meluangkan masa untuk mengurut muka mereka sendiri. Saya selalu melihat jurusolek mengurut wajah-wajah selebriti dan model sebelum mereka memulakan langkah menyolek. Bagi mereka itu adalah rahsia untuk membuatkan kulit lebih tersedia dan segar sebelum disolek, peredaran darah juga akan lebih lancar di wajah selepas diurut. Laneige pilih tiga produknya yang boleh dijadikan sebagai ‘minyak’ urut di wajah.
Regenerating Eye Cream– Urut lembut dengan menggunakan jari pada bahagian sekitar mata bawa ke pangkal dahi. Urut dengan gerakan membulat dan ia akan membantu meredakan masalah mata sembap, kantung hitam bawah mata juga garis halus.
Perfect Renew Youth Generator– Berikan perhatian pada bahagian U wajah yakni dari bawah mata bawa ke bibir dan dagu. Sapuan serum ini dengan urutan pada bahagian ini bagus untuk mengekalkan bentuk wajah yang runcing.
Regenerating Cream– Sapuan menyeluruh pada wajah termasuklah ke bahagian leher. Ia memberi ruang kepada kulit untuk meresap manfaat dari krim ini.
Artikel Berkaitan: 5 Bahan Kosmetik Mesti Elak Jika Anda Berkulit Kering