Ubah persepsi terhadap face oil. Hadirnya minyak organik dari Melvita bakal mengubah rutin harian penjagaan kulit wajah anda.
Kebiasaannya, pabila mendengar tentang perkataan “minyak” dan “kulit wajah” pada ayat yang sama, ia kedengaran agak menakutkan. Terutamanya untuk jenis kulit yang berminyak atau jenis kulit kombinasi. Tetapi ramai yang kurang tahu tentang kegunaan dan kelebihan minyak wajah yang boleh membawa ke arah kulit yang lebih cantik dan bersinar. Minyak buat wajah sememangnya menjadi kebiasaan dalam melengkapi rutin kecantikan. Ia mendatangkan keajaiban pada sebilangan masalah penjagaan kulit, dan mengubah kulit daripada kusam menjadi mempersona.
Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu untuk mencuba minyak buat kulit wajah, adalah lebih baik jika anda mengenali lebih lanjut tentang keperluan kulit wajah dalam mengenakan dengan bahan-bahan yang sesuai buat kulit tersendiri. Sesetengah bahan mungkin memberi reaksi yang tidak diingini, tetapi istimewa buat sesetengah produk yang menggunakan bahan-bahan organik dan natural yakni dipercayai dan memberi kesan yang lebih baik. Walaubagaimanapun, minyak wajah bukanlah dikhaskan buat kulit kering sahaja, sebenarnya hampir semua jenis kulit boleh menggunakan minyak wajah untuk mendapatkan manfaat penghidratan yang nyata. Minyak wajah dapat meningkatkan cahaya semula jadi pada wajah dan menjadikannya lebih terlindung daripada radikal bebas yang merosakkan.
Jenama Melvita dari Perancis, terkenal dengan bahan-bahan organik buat kecantikan dan kesihatan kini menyambut ulang tahun produk ikonik minyak argan yang ke- 30 tahun. Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang baik mampu terhasil daripada sebotol minyak argan bersaiz 50ml ini. Antara kelebihannya adalah ia dipenuhi dengan nutrien yang berkhasiat untuk penghalang kulit menjadikan ia lebih sihat dan kuat. Minyak argan ini juga mengandungi antioksidan semula jadi untuk kulit dan rambut yang sihat dan mudah diperbaiki. Selain daripada mampu memberikan kelembap yang sempurna, minyak argan ini juga merupakan minyak yang versatil dan serbaguna dengan tekstur sangat ringan yang tidak merimaskan kulit wajah. Anda boleh dapatkan Melvita 30th Anniversary Organic Argan Oil Limited Edition di Mid Valley Megamall, 1 Utama, KLCC, IOI City Mall, Aeon Tebrau, dan Mid Valley Southkey atau secara dalam talian di my.melvita.com
Artikel berkaitan 10 Cara Minyak Kelapa Mencantikkan Anda