Ameera Khan pastinya antara influencer yang sering mendapat perhatian, dan perkongsiannya menggunakan Creme De La Mer pada punggung sebagai salah satu rejim menjaga kecantikannya beberapa hari lepas memang menarik perhatian. She is so extra, definitely she is one of our EH! darlings!
Wanita akan lakukan apa sahaja untuk tampil cantik, dan jika mampu rata-ratanya tidak lokek untuk berbelanja lebih asalkan hasilnya memuaskan hati. Baru-baru ini kecoh apabila Ameera Khan berkongsi di satu IG story tentang produk yang dia gunakan untuk memelihara kecantikannya, pengikutnya terkejut apabila dia berkongsi bahawa dia menggunakan krim ikonik La Mer, Crème De la Mer untuk menjaga kulit punggungnya. Pengikut terkejut kerana harga krim itu sahaja sudah mencecah RM1300 untuk 60ml.
Artikel Berkaitan: Room Tour Bersama Neelofa
Tapi apa salahnya jika itu yang berkesan untuknya, dan menjaga kecantikan itu bukan perlu diberi perhatian pada kulit wajah sahaja. Wanita yang tahu menilai definisi kecantikan akan menjaga dan memelihara kecantikannya secara menyeluruh, dan tidak hnaya pada fizikal juga pada dalaman. Kami percaya Ameera sendiri tahu apa produk yang berkesan pada tubuhnya.
Siapa lagi yang menggemari Crème De la Mer ini? Jika di luar negara antara selebriti yang memang menggilai krim ini ialah Jennifer Lopez. Hal ini dikongsikan sendiri oleh jurusolek peribadinya, Scott Barnes dalam satu temubual bersama majalah Oprah mendedahkan Jlo cukup setia dengan krim ini dan akan selalu menyapu pada wajahnya setiap hari. Jadi, mungkin krim inilahs alah satu rahsia kecantikan Jlo yang tidak banyak berubah dari zaman mudanya, yang mana Jlo kini angka usianya sudah melebihi setengah abad.
Apa isi atau bahan krim ini? Kunci utama untuk bahan krim ini ialah Miracle Broth dan Lime Tea. Ia juga diformulakan tanpa menggunakan paraben juga phthalates. Ia juga mengandungi ekstrak seaweed, minyak mineral glycerin dan banyak lagi. Cara menggunakannya calit krim menggunakan jari kemudian hangatkannya dengan menggosokkannya antara dua jari kemudian barulah disapu pada kulit, tidak kiralah pada muka, leher, badan mahupun punggung.