Pemenang Anugerah JOOX Malaysia Top Music Awards tahun ini ditentukan berdasarkan jumlah penstriman terbanyak dan juga undian daripada peminat.
Tidak boleh dinafikan tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar buat semua. Di sebalik cabaran dan rintangan yang hadapi, para seniman dan produser terus berkarya dalam mencipta muzik dan karya seni untuk peminat mereka. JOOX yang merupakan platform penstriman paling berdedikasi di Asia telah mengumumkan senarai pemenang anugerah JOOX Malaysia Top Music Awards 2020, dalam memberi pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian para penggiat seni muzik tempatan sepanjang tahun lalu.
Ikon muzik negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus mengungguli arena muzik di Malaysia. Tahun ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah memenagi sebanyak enam anugerah, termasuklah Artis Lokal Paling Popular, Top 5 Artis Lokal (Hujung Tahun 2020), dan “Top 5 Artis Lokal Tahun 2020. Manakala lagu Aku Bidadari Syurgamu pula berjaya merangkul anugerah Lagu Lokal Paling Popular, Top 5 Hit Lokal (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Hit Lokal Tahun 2020
Justin Bieber pula menguasai kategori artis antarabangsa tahun ini. Penyanyi yang popular dengan lagu hit seperti Yummy dan Intentions telah memenangi lima anugerah. Antaranya Top 5 Artist Antarabangsa (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Artist Antarabangsa Tahun 2020, sementara lagu nyanyiannya ‘Lonely’ yang menampilkan Benny Blanco menerima anugerah ‘Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020. Selain itu, lagu duetnya ‘Stuck with U’ bersama Ariana Grande, dan Yummy juga berjaya membawa pulang anugerah Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020.
Penguasaan kumpulan K-pop, BTS juga tidak dapat ditandingi. Kumpulan dari Korea Selatan ini telah memenangi lima anugerah. Lagu ‘Life Goes On’ mendapat anugerah Lagu K-Pop Paling Popular hasil undian pengguna di Malaysia. Manakala lagu hit ‘Dynamite’ pula dinobatkan sebagai Top 5 Hit K-Pop (Hujung Tahun 2020) dan Top 5 Hit K-Pop Tahun 2020. Selain itu, lagu ON dinobatkan sebagai Top 5 Hits K-Pop Tahun 2020 sementara lagu Who bersama Lauv juga memenangi Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020.
Anugerah JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Year End 2020 (berdasarkan jumlah penstriman dari 1 Julai hingga 31 Disember 2020), Full Year 2020 (jumlah penstriman dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020), dan Most Popular Awards (undian pengguna JOOX Malaysia).
Dengan lebih 30 juta lagu dari seluruh dunia, peminat muzik boleh memuat turun aplikasi JOOX melalui Apple Store atau Google Play Store, atau layari laman web rasmi JOOX.
Baca lebih lanjut: Seni Eskapisme Dan Surealisme Haris Rashid
Foto: JOOX Malaysia