Apa kuasa yang ada dalam satu jar scented candle? Bukan sekadar trend kelompok urban, ia sebenarnya memiliki manfaat tersendiri yang ‘bermain’ dengan kesihatan, perasaan dan emosi.
Scented candle atau lilin beraroma secara saintifiknya terbukti membuatkan kita berasa lebih tenang. Kualiti cahaya yang samar-samar, kekuningan berserak jingga membuat jiwa berasa lebih santai dan tenang. Cahaya dan aroma lilin bisa mengubah perasaan atau mood seseorang.
Bagaimana cahaya yang berserakan daripada api lilin mampu menenang jiwa kita, mengusir pergi tekanan? Bagaimana ini berlaku? Cahaya dari lilin yang malap ditangkap oleh pandangan dan dihantar terus ke otak anda untuk diproses. Kerana adanya ‘komunikasi’ kita dengan cahaya lilin, tubuh mula berasa lebih relaks, menghidupkan ‘rasa’ baik pada secara emosi dan fizikal. Cahaya lilin yang samar-samar membuat perasaan lebih santai, mencipta lena yang lebih baik, meningkatkan imuniti, membuat semuanya berasa lebih tenang. Oleh kerana itulah di spa banyak sekali menggunakan lilin, semuanya kerana mahukan tiap pelanggan berasa tenang saat menjalani rawatan.
Bukan sahaja pada cahayanya, aroma lilin yang dipilih juga merangsang perasaan yang berbeza-beza. Lavender misalnya membuat kita lebih tenang, punya manfaat merawat migrain dan juga memperbaiki masalah neurologikal. Peppermint dan sitrus pula membuat kita berasa lebih segar, mood lebih baik. Orang Greek, Roman dan Mesir menggunakan bau peppermint untuk merawat masalah depresi dan kegusaran melampau (anxiety).
Artikel Berkaitan: 5 Tip Nyalakan Lilin Beraroma dan Pilihan Paling ‘In’
8 Soalan Bersama Ashraf Roslan, Pengasas Arecurate
EH! menemubual Ashraf Roslan, individu disebalik label scented candle lokal, Arecurate, bercerita tentang dunia lilin dan aroma kegemarannya.
Apakah salah faham atau misconception utama tentang scented candle, mungkin berdasarkan pengalaman anda sendiri?
Ramai yang menganggap lilin buatan lokal mahal dan mereka selalu membandingkannya dengan jenama antarabangsa yang lebih rendah harganya tetapi mereka tidak tahu sesetengah label luar ini menggunakan bahan lilin yang paling murah iaitu paraffin dan menggunakan bahan pewangi yang tidak bagus untuk kesihatan. Arecurate menggunakan bahan berkualiti tinggi dan harganya seiring dengan kualiti yang ditawarkan, berpatutan!
Bagi pendapat anda, adakah scented candle lebih bersifat gaya hidup, trend semasa atau ia sebenarnya memang ada menyumbang kepada kualiti kehidupan kita, mungkin membantu dari segi kestabilan emosi dan mungkin juga kesihatan.
Secara peribadinya saya rasa scented candle ada kaitannya dengan gaya hidup. Setiap rumah perlu ada kerana jika kena baunya ia boleh jadi ‘penawar’ menstabilkan emosi dan mood, boleh membangkit perasaan positif melalui deria bau. Secara peribadinya lilin memang banyak membantu lift up my mood.
Dari mana datangnya ilham menamakan himpunan lilin anda Arecurate?
Ilham nama Arecurate tercetus dari huruf pangkal nama saya sendiri, Ashraf Roslan dan tambahan Curate dihujungnya, maka jadilah Arecurate.
Mengapa memilih sumbu kayu (wooden wick) berbanding cotton wick yang lebih lazim digunakan?
Wooden wick menghasilkan bau atau aroma yang lebih baik jika dibandingkan dengan cotton wick biasa. Sumbu kayu juga mempunyai crackling sound yang menenangkan dan bentuknya lebih minimal.
No Bad Days dan Lost in the Rain, dari mana datangnya idea untuk menamakan lilin Arecurate dengan nama-nama ini?
Nama-nama ini saya berikan berpandukan kepada waktu-waktu yang sesuai untuk kita nyalakan Lilin. No bad Days merujuk kepada situasi untuk menaikkan mood, Lost in the Rain pula secara jelasnya dinyalakan ketika hujan. Tapi hakikatnya, anda boleh nyalakan lilin pada bila-bila masa sahaja.
Mengapa menamakan bungkusan lilin anda sebagai ‘Self-care Package’?
Bagi saya apabila seseorang itu membeli lilin ia ibarat dia menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri, memanjakan deria baunya.
Bau yang anda suka?
Saya suka bau geranium, ia menyegarkan dan karakter baunya membuat saya berasa lebih tenang.
Apa yang boleh kami jangka dari Arecurate dalam masa terdekat?
Pilihan bau yang lebih pelbagai dan saya juga dalam perancangan mempelbagaikan produk, mungkin akan ada scent tag tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Meraikan Cinta Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton