Akhirnya, impian peminat untuk melihat sosialit dan usahawan, Paris Hilton mendirikan rumah tangga hampir menjadi kenyataan.
Paris berkongsi di Instagram bahawa teman lelakinya, Carter Reum melamar sewaktu percutian mereka sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada 13 Februari lalu.
“Apabila anda menemui pasangan sejiwa, anda bukan sekadar mengetahuinya, anda merasakannya,” dia meluahkan rasa di kapsyen. “Saya dan teman lelaki telah bersama sejak janji temu pertama, dan sempena hari ulang tahun saya, dia merancang percutian istimewa ke syurga tropika.”
Dan sewaktu mereka berjalan di sepanjang pantai sebelum menghadiri makan malam, Carter membawanya ke kabana yang dihiasi dengan jambangan bunga dan melutut untuk melamarnya.
“Saya katakan ya, ya untuk selamanya. Saya tidak mahu menghabiskan sepanjang hidup saya selain bersama Carter,” katanya.
Ketika melamar, Carter mengenakan sut serba putih manakala Paris pula menyarung gaun labuh Retrofete rona sedondon bersama tiara Loschy. Menurut laman web Paris, mereka turut meraikan saat indah itu bersama keluarga dan sahabat terdekat.