Respon 10 selebriti single ini bakal buat status bujang anda lebih fabulous!
Ada apa pada soalan “Mengapa anda masih single?”. Secara asasnya, jodoh masih belum sampai adalah respon paling klise namun saya percaya suka bersendirian dan bebas melakukan apa sahaja tanpa batas masa dan kreatif menjadi alasan utama mengapa seseorang itu masih single. Sekiranya ada yang mahu menjadi teman hidupmu, dia seharusnya membimbing kepada yang lebih baik dan sekiranya masih belum jumpa, kekal bujang tiada salahnya.
Ada beberapa soalan lain, selain soalan ini yang tidak boleh diajukan secara lantang. Ia dianggap kasar dan menikam dada bila mendengarnya. Antara soalannya yang panas itu adalah ‘Mengapa susah sangat mendapat kerja?’ atau ‘Belum berisi lagi?’ Dan tentu saja, yang klasik , ‘Mengapa anda masih bujang?’ EH! tampilkan respon selebriti popular tempatan dan semua jawapan mereka sangat awesome!