Belum pun selesai kes perceraian Kim Kardashian dan Kanye West, peminat sudah pun memilih calon suami baru buat bintang realiti ini.
Jumaat lalu Kim akhirnya memfailkan perceraian terhadap Kanye setelah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan beberapa bulan tinggal secara berasingan.
Bintang Keeping Up With The Kardashians ini memohon hak penjagaan bersama untuk keempat-empat anak mereka; North, Saint, Chicago dan Psalm.
Prosiding perceraian dilaporkan berlaku dalam keadaan baik kerana pasangan ini menandatangani perjanjian pra-perkahwinan. Malah pembahagian set dan kewangan juga telah dipersetujui.
Menurut satu sumber, Kanye tidak dapat menerima berita tersebut dengan baik. Dia sedang melalui hari-hari yang suram kerana tidak mampu mempertahankan perkahwinan yang dibina sejak 2014.