Walaupun diraikan dalam norma baharu yakni tanpa perhimpunan beramai-ramai kelompok elit Hollywood, Golden Globes tetap dirayakan seluruh pencinta seni perfileman seluruh dunia. EH! meninjau siapa yang menyolekkan siapa.
Golden Globes berlangsung semalam, biarpun diraikan dengan kelibat hadirin yang ‘bersepah-sepah’ dari pelbagai tempat, namun berita penganjurannya tetap mendapat sambutan dan liputan meluas. EH! mengajak anda meneliti solekan selebriti yang menyerikan acara anugerah ini.
Anya Taylor-Joy
Nama bintang siri Queen Gambit ini antara yang menjadi buah mulut di Golden Globes Tahun ini. Selain menang trofi, dia juga menang gaya. Anya tampil memukau dalam balutan gaun hijau zamrud Dior. Siapa pula yang meriasnya? Jurusolek Georgie Eisdell adalah individu yang bertanggungjawab membuat penampilan Anya lebih menyerlah.
Georgie menggunakan rangkaian alat solek dari Dior termasuklah gincu baharu Rouge Dior sebagai pelengkap riasannya. Pada bahagian mata, Georgie bermain dengan ton keemasan beradun cantik dengan pembayang mata coklat cair. Dandanan buat Anya pula disempurnakan oleh Gregory Russell yang meniup kering rambut Anya dengan cukup sempurna. Dandanan Gregory membuatkan juraian rambut blonde Anya bagaikan satu fantasi.