Dolce and Gabbana Fall 2021 Ready To Wear mengakhiri Minggu Fesyen Milan dengan tema inspirasi tahun 90-an dan robot.
Dolce & Gabbana terkenal dengan gaya fesyen Mediterranean inspirasi dari filem The Leopard 1963 dari Sicily of Luchino Visconti dan sering mengetengahkan ciri-ciri wanita realisme Itali dan sensual dalam menghasilkan produk fesyen mereka. Tetapi kali ini, Dolce dan Gabbana tampil lain dengan mempamerkan gaya estetika untuk Minggu Fesyen Milan 2021 bertemakan tahun 90-an, teknologi digital dan robotik. Berjudul “Next Chapter” pertunjukan itu mempamerkan koleksi pakaian yang sesuai untuk dipakai keluar.
Diekspresikan dalam bentuk bionik yang menarik, beberapa siluet berbentuk bustiers menjadi pilihan koleksi Dolce dan Gabbana. Seperti pertunjukan yang lepas, beberapa hasil kajian fesyen Dolce dan Gabbana Fall 2021 kini lebih bijak dengan penyesuaian teknologi dan berciri futuristik seperti satu jaket bouclé telah didigitalkan melalui penambahan kilauan yang kelihatan seperti piksel dari jauh.
Hadir dalam palet warna koleksi yang berfuturistik , tema yang dominan di peragaan pentas fesyen adalah penggunaan fabrik seperti logam menyerupai “robotik”. Kilauan holografik pada jaket dan seluar menarik perhatian sekeliling, sementara warna terang pula boleh dilihat pada corak grafik jaket puffer, gaun dan kepelbagaian aksesori headgear yang menarik mengegarkan Minggu Fesyen Milan 2021 ini.
Selama bertahun-tahun, Dolce dan Gabbana mengatakan, bahawa orang muda pada masa kini lebih meminta para pereka untuk melihat semula evolusi fesyen pada tahun 90-an kerana ia memiliki gaya tersendiri. Musim ini, mereka akhirnya tampil dengan evolusi tersebut ditambahkan dengan ciri estetik robot untuk koleksi Dolce dan Gabbana Fall 2021 ini. Kata Gabbana pada tahun 90-an, manusia akan berpakaian seksi untuk orang lain. Kini, generasi muda berpakaian seksi untuk diri mereka sendiri, kerana mereka menyukainya. Ini merupakan hedonisme baru.
Sama seperti koleksi yang yang lain, Dolce & Gabbana juga menampikan tatahias solekan yang menarik. Walaupun koleksi tersebut berciri estetika warna-warni, Dolce dan Gabbana menggunakan teknik solekan klasik seperti eyeliner mata yang biasa dan gincu merah matte cukup meriah dan menggambarkan ciri tahun 90-an dan gaya robotik.
Artikel berkaitan, 2021 Golden Globes, Gaun Siapakah Paling Glamor?