Kadang kala, tidur adalah satu-satunya jawapan yang kita perlukan. Dalam situasi ini, Laneige ada penyelesaian untuk mengekalkan kelembapan dan sinar pada wajah dengan pupur sewaktu sedang tidur. Ketahui produk ikonik ini dan ciri-cirinya yang lain!
Gangguan tidur pada malam hari menyumbang kepada gangguan lain yang tidak diingini. Jenama penjagaan kulit Korea, Laneige memperkenalkan variasi terbaru Water Sleeping Mask EX dan Cica Sleeping Mask dalam menghidupkan semula kulit anda semalaman. Ianya merupakan produk terlaris dan menjadi pilihan ramai. The Water Sleeping Mask EX telahpun memasuki generasi ke-5 lengkap dengan formula terbaru. Jika anda punya kulit sensitif, Cica Sleeping Mask pilihan paling sesuai.
Kedua-dua Laneige Water Sleeping Mask EX dan Cica Sleeping Mask dikuasakan oleh Sleeping Microbiome™ yang membantu memulihkan keseimbangan mikrobioma kulit yang hilang dan keadaan semalaman untuk menemui semula kemampuan pertahanan kulit yang ada pada kulit yang sihat. Selain itu, Water Sleeping Mask EX juga diperkaya dengan Pro-biotics Complex yang meningkatkan dan menguatkan penghalang pelindung kulit melalui keseimbangan bioma untuk keadaan kulit yang tidak stabil, selalunya dipengaruhi oleh tidur yang tidak teratur, tidak cukup, atau pelbagai perangsang berbahaya yang lain. Diformulasikan dengan teknologi teras, Sleeping Microbiome™ dan Pro-biotics Complex, topeng wajah ini memberikan semua yang diperlukan oleh kulit untuk penghalang yang sihat, mikrobioma yang seimbang, dan cahaya yang cukup. Ketahui ciri lain buat dua topeng wajah ketika tidur Laneige ini!