Peramal trend Belanda, Li Edelkoort memperhalusi masa lantas menginterpretasikan erti susuk masa moden dengan mencitrakan True Thinline Stillness yang serba polos.
Menelusuri apresiasi masa adalah kemewahan sebenar dalam kehidupan moden. Namun, ia bukanlah satu-satunya komoditi yang didambakan dalam kehidupan masa kini yang kian beranjak pantas. Langsung, penuh dengan rona serta hingar-bingar abad ke-21. Bagi menghuraikan keaslian serta makna dalam komuniti moden, peramal trend fesyen dan reka bentuk terkemuka asal Belanda; Li Edelkoort mengutarakan kepentingan kedamaian serta sinar cahayanya.
Rado True Thinline Stillness
Bersepakat dengan Rado, wanita ini melakarkan visi keharmonian masa dengan mempersembahkan susuk polos jam tangan Rado True Thinline Stillness. Komposisi dan kreasinya mengundang para pemuja arloji untuk mengambil lebih masa untuk menghargai masa dalam setiap putaran saat lantas berpaling sepanjang hayat.
Sebagai salah seorang penyelidik trend yang terkenal kala ini, analisisnya yang tepat bukan sahaja memberikan gambaran mengenai trend semasa. Malah, menggambarkan visi komuniti masa depan dengan menemukan peningkatan untuk memperlambatkan hiruk-pikuk kitaran waktu seharian dalam masyarakat masa kini.
” Individu hari ini meluangkan lebih masa dengan mempersoalkan erti kehidupan dan pekerjaan. Langsung membayangkan kesederhanaan dan pengunduran diri, membabitkan sesuatu ujaran yang rumit dan kesamaan,”
kata Li Edelkoort.
Ini lebih daripada sekadar merawat dan berehat. “Kita akhirnya bersedia untuk mengubah tingkah laku lalu meloloskan diri dari ketagihan membeli-belah,” kata peramal trend ini. “Demikian industri akan bertindak balas dengannya, lantas memperlihatkan susuk rekaan yang lebih polos lagi bertahan sepanjang hayat.”
Nadi Putih Polos
Akan tetapi itu tidak bermakna kita akan berhenti untuk terus mengolahkan sesuatu yang indah. Sebaliknya, bertumpukan pengaplikasian dan penghayatan minda lestari, yang lebih intuitif dan penuh kesederhanaan.” Rado sekali lagi menjadi pelopor dalam perihal ini kerana identitinya sebagai ‘Master of Materials’ menciptakan bahan yang teguh, kalis calar dan memfokuskan pada konstruksi yang jelas. Juga langsing dan mendukung rasa sensual.
Diperbuat dari seramik berteknologi tinggi, jam tangan berdiameter 39mm berpunya kelangsingan setipis 5mm. Susuk rekaan True Thinline Stillness dipadukan dengan kristal nilam dan titanium buat penutup belakang jam yang hadir bertuliskan ‘STILLNESS Lidewij Edelkoort SINCE 2020’.
Perincian laman dial putih polos berlindung di bawah kristal nilam melengkung yang diolah efek berkabut. Jarum minit dan saat juga ditampilkan dalam rona putih, tali jam bergelang seramik berteknologi tinggi dalam rona yang sama melengkapkan penampilan monokromatik jam tangan kontemporari bernadi kuarza buatan Switzerland ini.
Baca lebih lanjut: Swatch X MoMA: Siri Museum Journey