Denim membentuk simbol baharu Dior sempena kedatangan musim bunga/panas 2021. Ia merupakan sejenis fabrik yang tidak asing lagi, akrab dengan trend fesyen musim bunga. Denim melambangkan ketegapan gaya, fearless dan punya kuasa yang tersendiri. Ia juga membentuk simbol fesyen sepanjang zaman. Maria Grazia Chiuri (Pengarah Kreatif Dior) sendiri gemarkan fabrik denim. Denim dipertaruhkan dalam rekaan Dior musim bunga 2021 lalu dilanjutkan generasi dalam pernyataan simbol gaya wanita. Everyone loves denim! Who doesn’t?
Denim juga dikira sebagai signatur gaya Maria. Untuk musim ini, Maria mengolah denim dalam pelbagai rupa, memadukan gaya Dior dan juga aksen wanita semasa yang menghasilkan kombinasi unik, perspektif denim yang baharu terbukti jitu. Menjadikan denim sebagai satu fabrik mewah.
Dior memunculkan serangkaian helaian sedia pakai dan aksesori dalam pilihan denim. Aksen kekuatan pada para wanita yang mengenakan koleksi ini terlihat jelas. Di samping itu, ia turut memperlihatkan biasan gaya jalanan dalam nada ‘luxe’.
Tiap helaian dan aksesori yang terkandung bisa dipadupadankan dengan bermacam referensi gaya mengikut kesesuaian peribadi pemakainya. Helaian yang punya ‘statement’, seperti Dior Palto Jacket turut menerima suntikan denim. Lalu menggambarkan keseluruhan koleksi denim dalam Dior musim bunga 2021 adalah perihal eksploratif dan energik. Tanpa meninggalkan DNA Dior, rupa, corak dan butiran yang terdapat pada setiap rekaan mengeksplorasi dalam tampilan yang beragam.
Tas mewah seperti The Dior Book Tote, Lady Dior, 30 Montaigne dan Dior Caro menunjukkan kemewahan dalam tampilan denim. Justeru menggabungkan beberapa unsur-unsur feminin seperti floral yang dinilai punya relevansi kuat terhadap pencitraan trend fesyen musim bunga. Revolusi denim berlanjutan dalam aksesori penting lain, seperti sandal, sniker D-Wander yang mencadangkan pelengkap gaya terbaik sepanjang musim ini.
Deretan sepatu Dior Poeme memperlihatkan perubahan yang lebih segar, dari aspek material yang digunakan iaitu denim. Tetapi masih mengekalkan DNA Dior. Menunjukkan gaya wanita yang bebas untuk berekspresi, selain itu mentafsirkan attitude muda membenihkan kebaharuan, namun tidak menyingkirkan jati diri. Itulah yang mendasari serangkaian rekaan dalam denim oleh Dior.
#Dior #DiorSS21
Artikel berkaitan: Miu Miu Musim Bunga 2021, Emma Corrin Jadi Pilihan