Ben Amir, Hannah Delisha, Daiyan Trisha dan Sean Lee antara selebriti yang berkongsi pilihan lagu kegemaran mereka untuk menggondol gelaran juara di Anugerah Juara Lagu (AJL35).
Detik yang dinanti-nantikan peminat muzik lokal bakal menjelma! Ahad ini, pentas Auditorium MBSA di Shah Alam akan digegarkan dengan pentas pertandingan muzik tahunan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL35). Pertandingan yang dianjurkan oleh TV3 saban tahun ini diadakan bagi mengangkat karya composer, penulis lirik dan juga penyanyi tanah air sejak tahun 1986 lagi.
Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Anugerah Juara Lagu 35 ini akan diadakan secara sederhana tanpa kehadiran penonton. Selepas ditunda kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selain insiden sewaktu separuh akhir Muzik-Muzik, pertandingan muzikal ini akan diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard yang ketat. Walau bagaimanapun, penangguhan ini memberikan lebih masa buat barisan finalis untuk membuat persediaan.
Beberapa selebriti tidak ketinggalan berkongsi bersama EH!, pilihan lagu kegemaran mereka untuk bergelar juara tahun ini:
BEN AMIR
Saya menyukai lagu ‘EH’ daripada Zizi Kirana. Lagu itu sangat catchy dan mempunyai mesej yang berguna untuk kita.
DAIYAN TRISHA
Saya suka lagu ‘Gila’, and I’m rooting for that to win. Sebab lagu Gila ini different, berkualiti dengan new fresh, modern sound.