AJL35 berlangsung malam tadi dan berbanding tahun lalu, tahun ini lebih ramai penyanyi wanita beraksi di atas pentas. EH! mengumpul gaya solekan 12 selebriti yang memeriahkan acara muzik berprestij negara ini.
Sherry Alhadad
Dirias oleh Syed Faizal Syed Noh, hos Anugerah Juara Lagu ini tampil fierce baik pada solekan juga dandanannya. Syed bermain dengan pembayang mata ton tanah dan diserakkan ke seluruh kelopak mata Sherry. Gincu yang dipilih juga bold dan ditambah dengan efek bronzing. Dandanan Sherry disempurnakan oleh Yusof Ruzaimi.