Minggu ini, gambar yang paling banyak dikongsi di dalam media sosial adalah milik bangunan Louis Vuitton Ginza Namiki. Hampir semua akaun yang penulis ikuti akan berkongsi gambar bangunan yang seakan air mengalir ini. Inilah kebanggan baru Louis Vuitton terutamanya pasukan daripada Jepun. Bangunan cukup indah ini menghiasi daerah Ginza, mendapat wajah baru sehebat 40 tahun keberadaannya di tanah Matahari Terbit.
Butik freestanding Louis Vuitton Ginza Namiki mendapat sentuhan daripada dua insan kreatif yang sudah lama berkolabari bersama Louis Vuitton. Mereka adalah Jun Aoki dan Peter Marino. Semenjak Louis Vuitton bertapak di ruang hujung jalan sejak 1981, ia sudah mencipta fenomenanya. Kini, ia terus jadi bual bicara dengan seni binanya. Bangunan ini dibina bermain dengan idea air mengalir. Aoki mencipta faset luar bangunan dengan menggabungan dua lapisan cermin untuk mencipta efek ‘piller of water’.
Seni dalamnya pula menjadi tanggungjawab buat Peter Marino yang masih mengekalkan elemen rekaan organik. Bermula dengan tanggan yang seakan ribon dan dihiasi dengan satu hiasan rona biru mencedok idea daripada lukisan Kimiko Fujimura yang bertajuk Wave Blue Line. Melanglah masuk, perabut dan ruang pojok butik ini kebanyakkannya berbentuk membulat. Ada perabot dan hiasan dalaman berlabel Morten Stenbaek atau Isamu Noguchi sebagai pemanis mata.
Bangunan tujuh tingkat ini lepak untuk semua peminat Louis Vuitton. Tingkat pertama hingga ketiga didedikasikan buat koleksi wanita. Masuk ke tingkat empat pula khas buat koleksi lelaki. Tingkat enam buat para VIP dan VIC. Lantai teratas adalah LE CAFE V & LE CHOCOLAT V. Ia merupakan kafe kedua Louis Vuitton Cafe selepas yang pertama dibuka di Maison Osaka Midosuji. Le Chocolat V merupakan manisan coklat yang diperkenalkan khas buat Louis Vuitton Ginza Namiki. Yosuke Suga bertanggungjawab dalam hal mencipta menu ganache dan coklat di cafe ini.
Pautan Berkenaan: Barbara Palvin, Juita Fesyen Yang Kian Meningkat Naik