Neelofa selamat diijabkabul dengan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pagi ini di satu majlis yang berlangsung di Grand Hyatt.
Selepas desas-desus tentang berita pernikahan yang menjadi tanda tanya semua peminat, hari ini Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat diijabkabulkan dengan Haris di dalam satu majlis yang berlangsung jam 10.30 pagi tadi. Neelofa dinikahkan sendiri oleh adiknya dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Neelofa kelihatan begitu elegan melangkah ke dalam dewan dalam gaun putih berenda hasil ciptaan Alia Bastamam. Dia yang tampil berniqab turut dilengkapi dengan selendang dalam warna yang sama. Wajahnya pula dirias oleh jurusolek Sharman. Manakala bagi ruang majlis pula ditatagaya oleh perancang perkahwinan tersohor, Reka Teemor.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Antara selebriti yang hair ke majlis pernikahan Neelofa dan Haris ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Izara Aishah, Kilafairy dan Hannah Delisha. Kesemua tetamu yang hadir ke majlis ini diminta untuk berpakaian serba putih.
Haris Ismail, 25 yang berasal dari Selangor menghantar rombongan merisik pada 1 November tahun lalu. Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga Neelofa di Taman Tun Dr Ismail dan hanya dihadiri keluarga terdekat.