Dalam waktu sebegini, ramai orang yang aktif mula menambah aktiviti sihat yang satu ini dalam jadual mingguan mereka. Yoga mula kembali menjadi pilihan kelompok sihat untuk mencari ketenangan. Masing-masing tidak pernah mahu kalah bergaya juga. Mencetuskan idea buat Atilia yang seorang tenaga kerja yoga untuk melancarkan koleksi gaya hidup ini bersama Batik Boutique. Ikan Betta milik Atilia mencetus rentak kreativiti buat kolaborasi unik ini.
Dalam mereka koleksi ini, Atilia tidak perlu melihat jauh untuk mencari idea. Dia menjadikan ikan betta yang pernah menjadi haiwan peliharaannya sebagai sumber corak. Bagaikan satu pahlawan, ikan ini berenang gagah pada item-item yang dilancarkan oleh empunya Hippie Hub. Pilihan ronanya pula seperti merah, putih, emas dan hitam ini menzahirkan simbol kuasa. Bukan sahaja pada pemakai, malahan para artisan yang menghabiskan masa dalam menghasilkan koleksi Atilia x Batik Boutique.
selain melancarkan yoga mat yang mencapai piawaian kelestarian alam, Atilia juga melengkapkan koleksi ini dengan item gaya hidup serta keperluan asa baru. Ada kimono yang direka dengan corak batik yang sama dengan yoga mat. Atilia x Batik Boutique juga ada pelitup muka yang disertakan dalam beg menggunakan fabrik kitar semula. Jika yoga masih tidak mampu tenangkan diri dan minda, bolehlah dapatkan DIY Batik Painting Kit. Apapun, setiap koleksi ini dicanting sendiri oleh artisan lokal dengan kerjasama golongan wanita daripada komuniti terpinggir di Malaysia.
Pautan Berkenaan: Ragam Neon di Armani Exchange