Beg tangan Tod’s Shirt Bag antara sorotan utama musim bunga panas 2021 dan ramalan kami, ia patut menjadi beg tangan mesti ada musim ini. Tod’s Shirt difokuskan sebagai salah satu item penting dalam himpunan Tod’s untuk musim ini.
Skala tenaga rona Tod’s Shirt Bag adalah tinggi, lalu dijadikan alasan ia tersenarai dalam rekaan aksesori musim bunga kegemaran Walter Chiapponi selaku Pengarah Kreatif Tod’s.
Beg tangan yang diberi nama ‘Shirt Bag’ mencedok ilham rekaan melalui reka bentuk tas itu sendiri. Keunikkan dan konstruksinya yang tersisip sifat playful, memercik gaya yang chic dan moden. Bentuknya ibarat sekeping fabrik kulit yang dilipat umpana lipatan sepasang kemeja putih.
Rekaannya yang streamlined, bentuk segi tiga, diperbuat daripada kulit lembu, siluet minima dan ultra-moden, why not to love it? Versatiliti tas ini turut menjadi perhitungan penting dalam menjadikan tas Shirt cukup sempurna untuk gaya musim bunga.
Proses pembuatan tas ini tidak menggunakan sebarang logam. Pun begitu, reka bentuknya täta menonjol dan teguh dengan konstruksinya yang dampak, tak dinafikan berupaya memberi impak besar terhadap penggayaan diri nanti.
Pertukangan tas ini dibentuk menggunakan material kulit yang dijahit bersama supaya mendapat bentuk yang diingini. Menurut Walter, dia mahukan siluet tas ini ibaret “cocoon” yang terbentuk dari proses efek-efek tertentu, yang secara tak langsung digambarkan seperti bunga yang sedang berkembang mekar.
Seperkara lagi yang EH! sukakan tentang beg ini ialah pilihan warnanya. Warnanya kelihatan menonjol dengan variasi pilihan seperti hijau dan biru, juga rona tanah yang klasik, seperti beige dan brown. Disesuaikan dengan kehendak wanita zaman sekarang yang punya pelbagai identiti juga keperluan tertentu.
Artikel berkaitan: Spring 21 Bags: Haneesya Hanee