Raikan Body Positivity Dengan ‘Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta’ Raya Ini!
Selebriti terkenal tanah air, Sherry Alhadad tampil berkolaborasi bersama pereka fesyen tersohor negara Syomirizwa Gupta dalam melancarkan koleksi fesyen Aidilfiri untuk tahun 2021 ini yang diberi nama ‘Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta’. Ini juga merupakan koleksi sulung Sherry sempena Aidilfitri yang akan tiba.
Setelah sekian lama bercadang dalam merancang untuk bekerjasama, Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta adalah homage kepada semua peminat-peminat mereka yang telah mengikuti perjalanan kerjaya mereka berdua sejak awal penglibatan mereka dalam industri hiburan dan fesyen. Bagi mereka, projek Hari Raya ini bagaikan rancangan yang begitu sempurna untuk direalisasikan.