Setiap kali bintang Columbia, Maluma berkongsi foto dan video di Instagram, ia mengundang ribuan komen nakal termasuk pujian peminat dari serata dunia.
Itu jugalah yang terjadi apabila dia memuat naik satu hantaran baru-baru ini. Selepas beberapa jam berkongsi foto dirinya berjemur di bawah cahaya mentari dalam seluar renang, Maluma atau nama sebenarnya Juan Luis Londoño Arias memuat naik satu video pendek menunjukkan dirinya sedang bersenam di gim.
Menerusi klip tersebut, dia dilihat melakukan rutin bicep curls menggunakan sepasang dumbel. Dan seperti yang diketahui, melakukan senaman di tengah-tengah kota Madellin yang mempunyai tahap kelembapan tinggi, cuaca boleh menjadi panas dan menyebabkan peluh.
Mungkin sebab itulah dia menanggalkan pakaian dan menayang susuknya yang sasa dengan six-packs yang jelas kelihatan. Atau mungkin juga dia sekadar memberi peluang kepada lebih 57 juta pengikutnya di Instagram untuk ‘mencuci mata’!