Bersempena kehadiran Ramadan tahun ini, DOME Cafes mempersembahkan Nasi Campur Aseana yang menjadi kegemaran ramai bermula dari 13 April sehingga 12 Mei 2021.
Atas permintaan ramai, Nasi Campur Aseana akan kembali semula! Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi, DOME Cafes mempersembahkan Nasi Campur Aseana yang menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi. Sajian istimewa ini boleh didapati bermula pada 13 April sehingga 12 Mei 2021 di semua restoran DOME Cafes di seluruh negara.
Nasi Campur Aseana adalah hidangan signature yang menampilkan masakan tradisional popular. Ia menampilkan kombinasi lauk-pauk kegemaran rakyat Malaysia dalam satu hidangan. Disajikan bersama nasi putih kukus, ia mempunyai rendang daging, kari ayam, telur asin, sambal ikan bilis, sayuran campur dan juga keropok ikan. Setiap pesanan akan disertakan dengan minuman Sirap Selasih yang menyegarkan dan juga kurma untuk berbuka puasa nanti.
Sebelum menjamu selera, pengunjung boleh melengkapkan hidangan berbuka puasa dengan sajian pembukaan. Antara yang mencuri perhatian adalah Keropok Lekor, Sambal Puff dan Bruschetta yang kekal menjadi tarikan di DOME Cafes. Jangan lupa untuk sempurnakan sajian berbuka puasa nanti dengan seleksi pemanis mulut seperti Imperial Chocolate Cake, Carrot Cake, Tiramisu, Caramel Macadamia Cheese Cake, Banana Chocolate Cake dan juga Burnt Cheese Cake yang menyelerekan.
Buat peminat masakan tradisional, jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya kerana ia hanya boleh didapati sepanjang Ramadan kali ini. Pesanan boleh dibuat bermula jam 6:30 petang setiap hari, bermula 13 April sehingga 12 Mei 2021 di semua restoran DOME Cafes di seluruh Malaysia. Setiap sajian berharga RM38++ setiap hidangan.
Foto: DOME Cafes Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 Destinasi Buka Puasa Perlu Cuba Di Kuala Lumpur