Ada yang berasa lebih yakin bila berkasut tinggi lebih-lebih lagi bila berjumpa dengan orang. Ada juga yang mengatakan mereka kelihatan seksi dan merasakan bentuk badan lebih menawan ketika bekasut tinggi. Betul, tidak di nafikan postur badan berubah bila kamu mengenakan kasut tinggi iaitu dada kedepan dan bontot di tolak kebelakang. Tapi tahukah kamu yang pemakaian kasut tumit tinggi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan?
Gambar: www.huffingtonpost.com
Antaranya:
- Jika memakai kasut tumit tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
- Apabila kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang sempit dan runcing di depan, ia akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Penyakit ini dipanggil Neuroma.
- Peredaran darah akan terganggu kerana kaki dipaksa masuk ke dalam kasut yang sempit dan menyukarkan pengaliran darah pada kaki.
- Tekanan di bahagian dapat menyebabkan jari kaki akan bengkak dan menyebabkan ia bengkok.
- Memakai kasut tumit tinggi menyukarkan keseimbangan badan dan ia boleh menyebabkan buku lali mudah terseliuh.
Tak salah nak berkasut tinggi, tapi janganlah siksa kaki kamu setiap masa ya.