Meraikan ketibaan bulan mulia, Ramadan dan menjelang musim perayaan, Levi’s mengetengakan kempen sempena itu, sambil berintegriti dengan mesej penuh harapan. Dengan mengingati kita bahawa kemajuan hanya berlaku apabila kita bersifat inklusif dan saling memahami antara satu sama lain. Bersatu dan mengangkat suara antara satu sama lain untuk mencetuskan perbezaan, yang mana mencemerlangkan aspek diversifikasi dalam konteks fesyen.
Koleksi Ramadan 2021 menzahirkan aspek harmoni dan keselesaan, dengan rangkaian menyeluruh untuk baju dan celana yang meraikan individualiti serta stail peribadi. Palet warna lembut disulami pastel ceria menghiasi koleksi ini bersama fabrik lestari dan berprestasi tinggi dalam potongan moden yang menonjolkan impak optimistik tiap individu sepanjang musim perayaan ini khasnya.
Melalui penghasilan kempen koleksi Ramadan 2021, sebanyak 16 individu berbeza identiti dan latar belakang terpilih untuk menghiasi kempen yang bertajuk ‘We Are Wonderfully Made’ dalam paduan gaya Levi’s yang tersendiri. Wajah masa kini, Arinaa Erin, Nia Natasha, Hadri Hashim, Sherzod Yusoff dan Malek McCrone antara yang ditampilkan dalam kempen ini.
Fokus musim ini terletak pada rangkaian baju dan seluar berteknologi sejuk baharu, yang direka dengan fabrik lut udara (breatheable), meregulasi suhu dan teknologi penyerapan lembapan yang maksimum bagi memastikan pemakai kekal dingin dan segar dibawah terik matahari. Helaian dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti adunan Cottonized Hemp dan Tencel untuk jaminan keselesaan yang berpanjangan.
Kewujudan mikrolimat antara pemakai dan seluar yang disarungkan, menerusi Sorbtek Repreve-serat poliester, bersumberkan daripada botol air kitar semula, yang mengalihkan lembapan daripada kulit selain memberi perlindungan UV. Daripada fabrik yang bersesuaian dengan iklim sehinggalah kecemerlangan teknologi disebalik koleksi ini, berikut ialah sebahagian daripada komitmen Levi’s untuk menawarkan pilihan stail yang lebih bertepatan, yang akan mengubah hala tuju industri fesyen ke arah yang lebih baik.
Rekaan wanita dalam koleksi Ramadan 2021, menyerlahkan variasi siluet dalam gabungan cetakan serta fabrik yang pelbagai untuk digayakan sepanjang musim perayaan. Memasuki musim panas, adunan palet rona merah jambu, kuning dan neutral , bergabung bersama logo mod vintaj bermusim melalui helaian kait dan tenun untuk penggayaan menyeluruh. Antara sorotan utama dalam koleksi ini adalah trend utiliti dan sifat lembut dengan perincian poket pada rekaan High Waisted Cargo dan Loose Cargo, serta jaket ringan untuk dilapisi pada gaun longgar, kemeja petak atau tunik.
Padanan bersama pelbagai potongan fabrik lestari, antaranya 721 High Rise Skinny Ankle ke 314 Shaping Straight, disuntik elemen estetika feminin serta butiran penting pada bahagian lengan dan leher. Gaya kontemporari yang boleh digayakan pada bila-bila masa, termasuklah meraikan musim perayaan disamping yang tersayang juga kawan-kawan.
#LiveInLevis
Artikel berkaitan: Kekuatan Dan Keyakinan Diri Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta!