Natalie Portman, pemenang pelakon terbaik Oscar terus dipilih menjadi penghias kempen Dior Forever untuk sekian kalinya.
“Bekerja dengan Natalie Portman pastinya satu pengalaman yang menyeronokan., dia adalah wajah paling ideal untuk produk yang ikonik. Saya sudah 20 tahun bekerja dengan Inez and Vinoodh dan sampai sekarang adalah sesuatu yang menerujakan apabila dapat melihat mereka bekerja di lokasi penggambaran, mereka membuatkan semua orang selesa dan hasil kerja mereka memang mengagumkan. Apa yang boleh saya simpulkan ialah ‘ikon merakam gambar ikon’,” kongsi Peter Philips yang merias wajah Natalie Portman untuk kempen terbaru ini.
Bedak asas Dior Forever serta bedak kusyennya sudah jadi kegemaran ramai wanita seluruh dunia sejak dilancarkan. Selain kualiti tekstur dan kemasannya, rangkaian bedak asas ini punya variasi ton nan pelbagai menjadikan ia satu rangkaian yang cukup universal.
Rangkaian Dior Forever adalah alat solek yang mengandungi manfaat seperti produk penjagaan kulit. Dior menyuntik lebih kurang 86 peratus ekstrak bunga-bungaan dalam rangkaian ini, yang mana ekstrak inilah yang menjadi kunci utama dalam memastikan kulit kekal lembap dan sihat sepanjang kulit dibaluti bedak.
Tampak semula jadi, selesa dioles pada kulit dan tahan lama adalah tiga kunci utama dalam mencari asas solekan sempurna. Dior merealisasikan impian semua ini menerusi rangkaian Dior Forever, hajat mereka mahu meletakkan wanita pada tempat seharusnya, kata mereka menerusi kempen ini ‘Put women into the spotlight, where they belong. Forever’.
Tahun ini Peter Philips bersama Dior melancarkan tiga lagi produk, membesarkan lagi keluarga Dior Forever. Antara tiga produk itu ialah Dior Forever Skin Veil SPF 20, iaitu asas solekan yang punya kualiti lembapan yang lebih ekstrem. Kedua, Dior Forever Cushion Powder, bedak kusyen yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja untuk memastikan solekan nampak segar. Dan yang ketiga Dior memperkenalkan Dior Forever Perfect Fix, iaitu semburan wajah yang membuatkan wajah bertambah segar, dicipta sebagai penyudah solekan.
Artikel Berkaitan: 10 Filem Paling Fesyen Di Era 2000
“Dior Forever Skin Veil SPF 20 mempunyai kemasan bersinar dan bukan kemasan berkilat dan ini kerana gabungan manik-manik mikro yang menyerap sebum berlebihan untuk kesempurnaan tinggi sepanjang hari dan minyak bertekstur ringan yang membantu formulanya meluncur lembut lantas membukan kulit berseri-ser,” kongsi Peter Philips lagi.