Dua minggu lalu pelakon Misteri Mona, Janna Nick mengejutkan peminat apabila membuat pendedahan mengenai tekanan dan gangguan emosi yang dihadapinya kebelakangan ini.
Perkongsian itu dibuat oleh Janna menerusi satu video di Instagram Story yang menunjukkan dirinya sedang memandu kereta dalam keadaan hiba sambil menitiskan air mata.
Dan semalam, dia sekali lagi memberi kejutan apabila mendedahkan dirinya menghidap gangguan bipolar dan telah seminggu mengambil ubat anti-kemurungan (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ) yang dibekalkan doktor.