Umum mengetahui pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu, Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata keduanya beberapa hari lalu.
Dan genap hari ketujuh kelahiran semalam, Siti mendedahkan nama yang menjadi pilihannya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Tidak ketinggalan juga beberapa foto comel putera sulungnya itu yang dilihat sedang lena beradu.
“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.
“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Instagram.