Dari siri K-drama, ‘Move to Heaven’ kepada filem Zack Synder ‘Army of the Dead’ dan juga filem antarabangsa ‘Oxygen’, Netflix membariskan seleksi rancangan baharu yang pasti menghiburkan anda sepanjang bulan Mei ini.
It’s gonna be May! Sepanjang Mei ini, Netflix akan menyajikan pelbagai rancangan baharu yang merangkumi filem, anime, drama bersiri serta dokumetari. Lokal mahupun antarabangsa, seleksi rancangan baharu ini pasti akan menghiburkan anda dan seisi keluarga nanti.
Antara yang mencuri perhatian Mei ini adalah ‘Army of the Dead’ yang merupakan filem aksi zombie arahan Zack Snyder. Berikut adalah 10 rancangan yang perlu anda tonton sepanjang Mei ini:
1. Army of the Dead
Tarikh tayangan: 21 Mei 2021
Pelakon: Dave Bautista, Ella Purnell, Omari Hardwick, Ana de la Reguera, Theo Rossi, Matthias Schweighöfer, Nora Arnezeder, Hiroyuki Sanada, Tig Notaro, Raúl Castillo, Huma Qureshi dan Garret Dillahunt.
Sinopsis: Selepas berlakunya serangan zombie di Las Vegas, sekumpulan askar upahan mengambil risiko untuk merompak sebuah kasino yang berada di dalam zon kuarantin.
Baca lebih lanjut: 3 Kejutan Di Anugerah Akademi 2021