Gen-Z loves Rosé. Rosé mampu bikin ribut dengan apa sahaja yang dilakukannya. Pengikut Instagram-nya telah mencapai 40 juta. Baru-baru ini, Rosé melancarkan single solo baharu dan tidak sampai sejam jumlah tontonan YouTube mencecah sejuta. Siapa dapat meramal gadis cilik dari kumpulan BlackPink ini akan dikenali sebagai bintang fesyen bertaraf dunia? Membina nama bersama kumpulan BlackPink, setiap ahlinya direbut para pereka fesyen untuk dijadikan ‘muse’ atau wajah utama bagi menjenamakan jenama mereka.
Rosé kepunyaan Saint Laurent. Ahli BlackPink yang lain terpilih untuk mewakili rumah fesyen Perancis yang lain, antaranya Celine dan Chanel. Identiti dan cita rasa Rosé terarah DNA Saint Laurent. Gaya rambut perang, yang dibiarkan ‘malas’, menunjukkan stail effortless yang moden dan sempurna melambangkan rencah Saint Laurent.
Maka itulah, Rosé merupakan tetamu tetap Saint Laurent untuk pertunjukkan fesyen, malah pernah mencipta sejarah kerana pernah ditampilkan dalam kempen fesyen Saint Laurent. Sejak daripada itu, nama Rosé hangat diperkatakan, dan mula muncul sebagai inspirasi untuk setiap gadis muda kala mencari inspirasi fesyen.
Biarpun, gaya Rosé sewaktu di atas pentas sangat-sangat mengagumkan dan bold, namun ada kalanya gaya yang lebih sederhana dan minimal yang dikongsinya melalui media sosial berupaya mencetus inspirasi. Berdasarkan pemerhatian, Rosé kerap memadukan gaya yang bernada atletik, bersama skirt mini dan menyilang beg tangan Saint Laurent untuk mengekalkan kemewahan dalam penampilannya. Ada beberapa kali, Rosé tampak ‘bersahaja’ dalam suai padan sweater berhud hitam atau jaket vartisy, skirt mini, topi dan beg silang sebagai gaya utama. Chic, moden dan kekinian. EH! merasakan, it’s a perfect look for an OOTD.
Perihal rambutnya juga menjadi fokus. Warna rambut seperti merah jambur, silver dan perang sudah sinonim dengan stail keperibadian Rosé. Peminat mengenali Rosé dengan gaya-gaya rambut sebegitu. Tak hairanlah, anak-anak muda mula mengeksplorasi dengan warna-warna tersebut untuk tampil lebih cool.
Senang cakap, Rosé is a cool girl. Faktor cool yang terdapat padanya, ternyata memikat ramai peminat, termasuklah jenama-jenama fesyen yang berebut untuk bekerjasama dengan Rosé. We want to see more from Rosé in the future.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Azira Shafinaz, Bicara Perihal Gaya & Gila Spa