Transformasi tubuh pelantun lagu Someone Like You, Adele adalah yang paling dramatik di Hollywood.
Dalam masa singkat, Adele berjaya menurunkan hampir 50 kilogram berat badan dan ia dengan pantas menjadi tajuk berita di dada akhbar mahupun media sosial.
Foto transformasinya yang dimuat naik di Instagram mencetuskan perbualan hangat di kalangan peminat yang pada awalnya ragu dengan perubahan fizikal penyanyi itu secara mendadak. Namun ia ternyata benar.