Coach membawakan episod keempat ‘Coach Conversations’ yang menampilkan dua selebriti popular, Ciara dan juga Gwyneth Paltrow untuk berbicara tentang peranan dan tanggungjawab ibu moden pada hari ini.
Label ikonik kota New York, Coach mempersembahan episod keempat ‘Coach Conversations’, iaitu siri video Youtube yang menampilkan barisan selebriti terkenal untuk membincangkan isu-isu semasa seperti budaya, komuniti dan juga kreativiti. Bersempena dengan Hari Ibu, Coach menampilkan penyanyi dan pemenang Grammy, Ciara bersama aktres dan juga pemenang Oscar, Gwyneth Paltrow.
Untuk episod keempat ini, kedua-dua bintang Hollywood ini akan fokus pada peranan serta tanggungjawab yang dimainkan oleh ibu moden pada hari ini. Mereka membincangkan tentang cara menunjukkan rasa terima kasih, bagaimana untuk kekal ‘present’, dan menjadi keibubapaan sepanjang pandemik yang melanda dunia ketika ini.
“Saya rasa sebagai ibu, kita perlu sangat berhati-hati untuk tidak menilai proses dan keputusan yang dibuat para ibu yang lain, dan kita perlu memberi sokongan antara satu sama lain,” kata Gwyneth Paltrow. “Ianya sangat penting untuk memahami bahawa semua ibu pasti melakukan yang terbaik,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Goop itu.
Ciara dan Gwyneth Paltrow juga akan berkongsi tentang apa yang mereka belajar daripada ibu mereka sendiri, kepada siapa yang mereka pergi untuk mendapatkan sokongan, dan bagaimana mereka mencari keseimbangan sebagai seorang ibu yang bekerja, isteri dan juga usahawan.
“Saya mahu setiap ibu di luar sana tahu yang mereka tidak keseorangan dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu kini,” kata Ciara yang popular dengan lagu hit seperti ‘Level Up’, ‘Goodies’ dan ‘Like a Boy’. “Walaupun banyak perkara tidak normal dan di luar kebiasaan: this is life, right? Dan apabila kita dapat menerimanya, kita akan seperti ‘Okay, I’m ready, I got this.’ Kerana anda harus melakukannya juga ,” tambahnya.
Anda boleh saksikan episod keempat ‘Coach Conversations’ di sini.
Foto: Coach Malaysia
Baca lebih lanjut: 4 K-Drama Baharu Yang Pasti Buat Anda Teruja Mei Ini