Selepas setahun tergendala dek pendamik Covid-19, akhirnya dengan kawalan yang cukup ketat, pentas Miss Universe dibuka semula. Berlangsung pada 16 Mei, 8 malam (waktu Florida) di Seminole Hard Rock Hotel & Casino menyaksikan wakil daripada Mexico, Andrea Meza sebagai pemenang baru. Dia menggantikan Zozibini Tunzi yang mewakili Afrika Selatan pada pertandingan Ratu Universe pada 2019.