Kumpulan K-Pop paling popular, BTS secara rasminya telah mencipta rekod dunia menerusi lagu terbaharu mereka, Butter.
Dua hari lalu, Guinness World Records mengumumkan bahawa mereka telah menerima dan mengesahkah lima rekod yang berjaya dipecahkan oleh lagu Butter.
Lagu itu bukan sahaja memecah rekod sebagai ‘video muzik yang menerima tontonan paling banyak ketika tayangan perdana di YouTube’ seperti yang disahkan oleh YouTube sebelum itu, malah juga mencipta rekod ‘video yang menerima tontonan paling banyak ketika tayangan perdana di Youtube’.
Tayangan perdana video muzik tersebut ditonton oleh 3.9 juta pengguna YouTube pada masa sama, mengalahkan rekod yang dicipta kumpulan itu sendiri menerusi video muzik Dynamite tahun lalu.