Rekaan terkini bagi menawarkan lebih keselesaan dan sokongan untuk ‘kembar’ mu!
Triumph Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi Musim Bunga Panas 2021 di butik terbaru (tingkat 4) di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Saya berpeluang berkunjung bersama teman sepejabat, Julia Azman dengan harapan dapat berjumpa pakaian dalam buat tambahan koleksi yang sedia ada. Rambang mata dibuatnya, semuanya disulam teknologi terkini untuk keselesaan si kembar dan fabrik dan desainnya cukup feminin dan ini antara sebab kami sukar membuat pilihan.
Ciri rekaan pakaian dalam yang tak lapuk dek zaman, Natural Elegance yang ikonik memaparkan sokongan optimum dengan jahitan memberi efek lurah payudara secara semula jadi. Renda flora lembut dan boleh regang menghiasi mangkuk berlapik dan berwayar selain pada tali untuk gaya yang feminin. Natural Elegance Smooth pula ‘hilang’ di sebalik pakaian dalam boleh-nafas yang nipis serta sokongan yang licin pada bahagian belakangnya. Kedua-dua warna renda yang kontras sangat stylish dan mudah digayakan setiap hari.
BACA: Warna Baru untuk Fit Smart
Lagi satu yang mesti dimiliki, Sculpt Pashmina Rose. Ia dijahit dengan sling luar yang sentral, coli ini mengangkat dan mencipta efek langsing yang ketara. Rekaan yang terkini ini menawarkan lebih keselesaan dan sokongan buat kembar anda, dengan tali bahu lebih lebar, sisipan jala yang lebih meregang pada sisi juga wayar bawah berkusyen. Dengan seluar dalam yang sedondon, perincian yang cantik dan sulaman diinspirasikan daripada bunga mawar menjadi keunikan kepada set pakaian dalam yang klasik ini.
Untuk anda yang memakai saiz E, Natural Elegance, Smooth Natural Elegance dan Sculpt Pashmina Rose kini tersedia untuk anda. Harga dari RM 249.00 – 279.00 (top) & RM 79.90 – RM 89.90 (seluar dalam).
Buat tempahan dalam talian di https://my.triumph.com/pages/natural-elegance-2021-v2 dan https://my.triumph.com/pages/sculpt-pashmina-rose-v2