Pengacara dan personaliti TV, Chrissy Teigen menarik diri daripada siri Never Have I Ever disebabkan kontroversinya membuli penyanyi, Courtney Stodden.
Teigen membuat keputusan untuk melepaskan peranannya dalam siri komedi musim kedua terbitan Mindy Kaling itu baru-baru ini. Peranan tersebut dijangka akan dibuka semula untuk uji bakat.
Berita itu muncul selepas Stodden mendedahkan dia dibuli secara online oleh Teigen dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh The Daily Beast Mei lalu.
Berikutan pendedahan itu, pengacara bersama Lip Sync Battle itu membuat permohonan maaf secara terbuka.