Keluarga KarJenner dan Photoshop sememangnya tidak boleh dipisahkan! Terbaharu, Kim Kardashian dituduh menggunakan filter untuk kempen iklan Skims.
Sebenarnya ini bukanlah kontroversi photoshop Skims yang pertama. Februari lalu Kendall Jenner dikecam kerana ‘kantoi’ menggunakan filter pelangsing tubuh ketika penggambaran iklan pakaian dalam tersebut.
Dua hari lalu, seorang pengguna TikTok mendedahkan ‘photoshop fail’ dalam video iklan terbaharu jenama itu. Ketika Kim melurutkan tangannya di bahagian pinggang, jarinya kelihatan membengkok dan memanjang – membuktikan ia telah disunting.