UNIQLO SENTIASA PEKA DAN KOMITED UNTUK MENYEDIAKAN KOLEKSI YANG BERASASKAN MATERIAL BERKUALITI YANG NYATA BERUPAYA MENYOKONG NILAI STRATEGIK SEORANG ATLET SUKAN. MEMPERKUKUHKAN KOMITMEN TERSEBUT, UNIQLO HADIRKAN KOLEKSI TERBAHARU UNIQLO+LIFEWEAR DENGAN KERJASAMA PASUKAN ATLET OLIMPIK DAN PARALIMPIK SWEDEN SEMPENA ACARA OLIMPIK DI TOKYO YANG MENJELANG TIBA. IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF EH! BERSAMA UNIQLO.
BAGAIMANAKAH KERJASAMA ANTARA UNIQLO DAN SWEDISH OLYMPIC COMMITTEE (SOC) BOLEH TERJALIN?
Sejak pembukaan stor Uniqlo pertama di Sweden pada bulan Ogos 2018, SOC (Jawatankuasa Olimpik Sweden) merasakan UNIQLO mempunyai persamaan dari aspek nilai budaya dan reka bentuk. Oleh itu, mereka menghubungi UNIQLO untuk memulakan kerjasama. Waktu itu pula, SOC sedang mempertimbangkan rakan kongsi untuk pakaian rasmi baharu untuk persediaan di Tokyo 2020 dan Beijing 2022. SOC mempunyai tiga kriteria untuk mengadakan kerjasama: kualiti, inovasi dan kelestarian, yakni tiga elemen terpenting dari jenama UNIQLO.
MENGAPA UNIQLO BERSETUJU UNTUK MENAJA PASUKAN OLIMPIK SWEDEN?
Kami merasakan bahawa kerjasama itu hadir secara semula jadi dan saling melengkapi, berikutan ‘perkenalan’ kami di Sweden pada 2018. UNIQLO mereka LifeWear, pakaian yang berinovatif berasaskan nilai-nilai kesederhanaan, kualiti dan ketahanan dari Jepun. Nilai-nilai tersebut mempunyai persamaan bersama Sweden, maka kerjasama SOC/SPC cukup jelas dan teratur untuk menceritakan kisah UNIQLO di Sweden dan seluruh dunia.
SIAPAKAH PASUKAN UNIQLO SWEDEN?
Pasukan UNIQLO Sweden terdiri daripada 11 atlet Sweden yang dijadulkan mewakili negara mereka di Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, dijangka diadakan pada tahun 2021, serta dua legenda Olimpik.
APAKAH KRITERIA DALAM PEMILIHAN AHLI PASUKAN?
UNIQLO bekerjasama dengan SOC dan SPC untuk memilih atlet terkini dan legenda yang merangkumi konsep LifeWear kami dan yang akan menjadi rakan kolaborasi yang baik dalam usaha perkembangan produk dan sumbangan sosial. Sebilangan besar daripada mereka sudah mempunyai hubungan dengan Jepun. Seperti Sofia Mattson, yang memenangi pingat gangsa Wrestling di Sukan Rio 2016 dan legenda bola sepak wanita, Lotta Schlein, yang merupakan rakan sepasukan anggota pasukan kebangsaan Jepun, Saki Kumagai di Olympique Lyonnais.
KONGSIKAN SEDIKIT MENGENAI KOLEKSI INI?
UNIQLO telah mereka koleksi LifeWear yang unik untuk membantu pasukan Olimpik dan Paralimpik untuk memberikan prestasi terbaik sepanjang masa. Koleksi ini dibuat berteraskan kelestarian, bekerjasama dengan atlet, yang telah berkongsi perspektif dalaman untuk menawarkan rekaan yang terbaik.
ADAKAH DUTA GLOBAL UNIQLO TERLIBAT DALAM PROSES REKAAN?
Kerjasama UNIQLO dengan SOC adalah untuk mengecap kecemerlangan bersama dalam sukan dan inovasi pakaian. UNIQLO memperoleh input dan hasil kajian langsung dari atlet dan ahli jawatankuasa Sweden, sementara pemain golf Adam Scott dan duta jenama global UNIQLO yang lain juga membantu untuk memantau dan mengkaji mutu pakaian. Perspektif dalaman digunakan untuk menyempurnakan fabrik dan siluet untuk mengoptimumkan kemudahan pergerakan melalui reka bentuk.
APAKAH RANGKAIAN YANG DITAWARKAN?
Dalam kolaborasi kami, UNIQLO menyediakan pakaian pakaian LifeWear kepada atlet Sweden yang akan dipakai sewaktu upacara, sesi latihan dan pertandingan, menghadiri majlis sidang akhbar dan kala bersantai. Koleksi ini merangkumi pakaian yang akan dipakai sepanjang berada di Tokyo.
BAGAIMANAKAH ASPEK LESTARI DITERAPKAN?
Untok koleksi ini, UNIQLO menggunakan poliester dari botol plastik yang telah dikitar semula dan serat poliester yang berasal dari sumber biomas yang boleh diperbaharui. UNIQLO juga menggunakan bahan-bahan yang menggunakan teknik mesra alam, seperti proses mengait yang meminimumkan pembaziran bahan.
Artikel berkaitan: Bella Poarch, The Hottest Internet Sensation