Datin Lisa Surihani dan suaminya Yusry Abd Halim selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka.
Selebriti terkenal, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiganya iaitu bayi lelaki pada awal pagi semalam. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Datuk Yusry Abd. Halim menerusi satu muat naik dalam Instagramnya.“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Bayi dan ibu, kedua-duanya dalam keadaan baik. Syukur,” tulis Yusry.
Berita kelahiran Anak ketiganya ini juga merupakan satu hadiah hari jadi yang cukup bermakna buat Yusry yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam, yakni 15 Jun. Tulis Yusry di dalam muat naiknya itu lagi, “Hadiah hari jadi penuh bermakna. Selamat datang ke dunia junior (anaknya).”
Lisa Surihani juga berkongsi berita gembira tersebut di Instagramnya semalam. Tulis Lisa, “BismillahiMasyaAllah , Assalamualaikum, Alhamdulillah segala pujia bagi Allah. Pada tarikh 15 Jun 2021 bersamaan 4 Dhul-Qa’dah 1442 , jam 2:30 pagi, anak kami selamat dilahirkan. Welcome to the world Lang. Yong and Yeop are looking forward to meet you. (Happy Birthday Sayang @yusryabdhalim).”
Lisa Surihani turut berterima kasih kepada ahli keluarga, teman-teman dan sesiapa yang sudia mendoakan keluarganya. Tambah Lisa lagi dalam hantarannya, “May Allah bless you, and shower His blessings upon you, and may Allah reward you well and bestow upon you its like and reward you abundantly”.
Lisa Surihani dan Yusry mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 dan mereka sudah dikurniakan dua Cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, enam tahun dan Yusof Leonne, empat tahun. Sehingga kini belum ada perkongsian rasmi tentang nama anak ketiga mereka. Sekalung tahniah buat Lisa dan Yusry atas kelahiran ketiga ini dari kami di EH!
Artikel Berkaitan: “Saya dan Yusry, Two Different Puzzle Pieces”- Lisa Surihani