Bintang Korea Popular, Song Joong-ki dilaporkan menjalani kuarantin di kediamannya baru-baru ini, menurut laman web hiburan Soompi.
Namun Song bukanlah mangsa terbaharu coronavirus, tetapi kontak rapat kepada seorang kenalan yang disahkan positif minggu lalu.
Agensi pengurusan pelakon itu, History D&C mendedahkan, dia menjalani ujian saringan sejurus selepas mengetahui dirinya mungkin telah dijangkiti virus itu.
Walaupun hasil ujian negatif, bintang Vincenzo itu tetap diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.