Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengumumkan dirinya dijangkiti Covid-19 di Instagram dua hari lalu.
Jelas Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, dia disahkan menghidap virus tersebut pada Khamis lalu namun tidak mengalami apa-apa gejala.
“Siapa sangka rupa-rupanya saya dijangkiti Covid-19. Hari ini merupakan hari keempat dan saya tidak mengalami sebarang simptom, mungkin disebabkan vaksin. Jadi saya sarankan semua orang untuk mengambil vaksin kerana jika anda dijangkiti, impaknya tidak terlalu teruk,” tulisnya.