LOVE, BONITO BERKOLABORASI DENGAN BARBIE DALAM SATU PROJEK LBCREATE, MELANCARKAN EMPAT PATUNG EKSKLUSIF BERTEMAKAN ‘DREAM IT, DO IT’.
Bukan hanya sebagai label menjual barangan fesyen sahaja, Love, Bonito mahu menggunakan platform mereka dalam melancarkan gerakan sosial yang positif. Maka, dibawah projek LBCreate, jenama ini menjalinkan satu usaha sama dengan syarikat gergasi Mattel. Dua jenama ini memperkenalkan projek Dream it, Do It. Ada empat anak patung Barbie yang direka khas dalam untuk menaikkan semangat berwibawa wanita di Asia Tenggara.
Empat anak patung Barbie ini direka dalam empat jenis saiz badan yang pelbagai rupa. Ada yang bersaiz petite, curvy, original dan small bust. Menyifatkan lagi kepelbagaian dan nilai inklusif tatkala waktu moden sekarang. Setiap anak patung ini didatangkan dengan ceraian klasik koleksi The Staples oleh Love, Bonito. Melalui koleksi ini, misi mereka di LBCreate adalah untuk mewujudkan nilai kesedaran buat anak muda mengejar impian masing-masing.
Barbie, sebuah jenama yang sudah masuk 62 tahun memang menjadi simbol dalam memertabatkan kekuasan wanita. Dengan jalinan bersama Love, Bonito ia mengukuhkan lagi identiti yang mereka julang ini. Melalui kolaborasi ini juga, ada Baju-T Love, Bonito x Barbie yang hadir dalam dua rona berbeza dengan tanda harga RM89.90.
Pautan Berkenaan: Dekati the Dioramour, Lima Item Pilihan EH!