Nama Nur Dhabitah Sabri menjadi perbualan hangat setelah berjaya tersenarai dalam peringkat akhir acara 3 meter papan anjal di Olimpik Tokyo.
Terjunan Dhabitah dilihat cukup kemas dan konsisten, namun nasib tidak berpihak kepadanya.
Dia menamatkan lima terjunan di tempat keempat dengan kutipan 326.15 mata, hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.