Dalam laporan majalah Forbes yang dikeluarkan semalam menyatakan Rihanna kini menjadi penyanyi wanita paling kaya apabila asetnya kini mencecah US$1.7 bilion. Kekayaannya itu banyak disumbangkan oleh kejayaan Fenty Beauty.
Walaupun sudah beberapa tahun tanpa album baharu, Rihanna membuktikan dia mampu menjadi penyanyi wanita terkaya dan menduduki tangga kedua sebagai wanita terkaya dalam kategori hiburan di belakang personaliti TV tersohor, Oprah Winfrey.
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty tidak menyangka niatnya melancarkan jenama kosmetiknya sendiri, Fenty Beauty akan membuatkan dia menjadi billionaire. Hasrat awalnya hanya mahu menghasilkan satu jenama kosmetik yang memenuhi keperluan dan kehendak semua wanita di seluruh dunia khususnya dalam pemilihanw arna yang bersesuaian dengan ton kulit. Dengan jumlah kekayaan mencecah US$1.7 bilion itu, US$1.4 bilion itu datang dari pendapatannya dari Fenty Beauty semata, yang mana jenama kecantikan itu yang diusahakan bersama LVMH adalah 50 peratus milik Rihanna.
Fenty Beauty yang dilancarkan pada penghujung 2017 berjaya mengaut keuntungan berganda Hanya dalam setahun penjualannya. Pada tahun 2018 Nilai keuntungan jenama kecantikan itu adalah sebanyak US$2.8 bilion jauh meninggalkan jenama-jenama selebriti lain termasuklah (Kim Kardashian) mahupun Kylie Cosmetics (Kylie Jenner).
Antara sumbangan pendapatan lain ialah hasil jualan pakaian dalamnya Savage x Fenty yang mana telah menyumbang sebanyak US$270 juta dan selebihnya adalah pendapatan dari royaltinya sebagai penyanyi dan pelakon.
Namun begitu tidak semua perniagaan Rihanna menjadi. Dua tahun lalu dia dan LVMH melancarkan jenama fesyennya, Fenty yang diletakkan dalam kelompok jenama mewah. Namun mereka mengambil keputusan untuk menutup perniagaan tersebut atas sambutan dingin. Koleksi terakhir Fenty dilancarkan pada tahun 2020.
Rihanna yang sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan penyanyi A$ap Rocky melancarkan album terakhirnya pada tahun 2016. Album berjudul Anti itu dibarisi pelbagai lagu hit seperti ‘Work’ dan ‘Love On the Brain’, namun gagal meraih sebarang anugerah di Grammy Awards walaupun tercalon dalam lapan kategori. Berlanjutan daripada peristiwa itu, terdapat khabar angin mengatakan Rihanna sudah mula memboikot Grammy.
Artikel Berkaitan: 10 Lagu Popular Ini Pada Asalnya Ditulis Untuk Rihanna