Siti Sarah meninggal dunia pagi ini selepas ditidurkan beberapa hari.
Penyanyi terkenal, SIti Sarah Raisuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19.
Berita duka ini dikhabarkan suami tersayang Siti Sarah Sendiri menerusi Instagramnya pagi ini. Tulisnya dalam hantaran itu, “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah”. Pihak pengurusan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kesetiaan’ itu turut berkongsi mesej yang sama kepada pihak media pagi ini.
Berita kurang baik mula dikongsi Shuib malam tadi apabila pihak hospital memaklumkan kepadanya bahawa keadaan SIti Sarah kembali kritikal selepas paras bacaan oksigennya jatuh ke paras 40 peratus. Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Pada hari Jumaat lalu jam 5 petang, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar. Selamat proses pembedahn itu paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.
Sejak berita Siti Sarah dikejarkan ke hospital selepas paras keadaan yang menurun, ramai rakan seperjuangannya berkongsi berita tersebut di media sosial dan memohon agar ramai mendoakannya. Majlis bacaan Yasin beramai-ramai secara virtual turut dianjurkan tiga malam berturut-turut untuk mendoakan kesejahteraannya.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Artikel Berkaitan: Siti Sarah Lahirkan Anak Lelaki Dan Masih Belum Sedarkan Diri