EH! bersama media dari rantau Asia berpeluang menemu bual pemenang Anugerah Grammy, Lorde bersempena dengan pelancaran album studio terbaharunya yang berjudul ‘Solar Power’.
Ella Marija Lani Yelich-O’Connor atau lebih dikenali dengan nama pentas Lorde kembali dengan album studio ketiga berjudul ‘Solar Power’. Selepas empat tahun berhibernasi dan tanpa media sosial, bintang pop kelahiran New Zealand ini kembali dengan taruhan baharu yang cukup berbeza daripada dua album sebelum ini. Single pertama yang mempunyai judul sama seperti album ini memulakan langkah baharu dalam resume muzikal yang masih muda.
Ikuti temu bual bersama pemenang Grammi ini yang berbicara tentang album baharu, alam sekitar dan juga Harry Styles.
Pertama skali, tahniah atas pelancaran single terbaharu berjudul ‘Mood Ring’. Boleh kongsi inspirasi di sebalik lagu tersebut?
Terima kasih. ‘Mood Ring’ adalah seperti sebuah lagu kesejahteraan dan sistem yang kita guna untuk berasa sihat serta berhubung dalam dunia moden hari ini. Saya memikirkan apa yang saya dan rakan-rakan wanita saya akan buat bersama. Perkara-perkara kecil seperti menyimpan kristal, menyalakan sej atau membaca horoskop. Saya cuba untuk menggabungkan semuanya bersama.
Ceritakan mengenai album terbaharu anda berjudul ‘Solar Power’?
Album ini meraikan alam semulajadi. Saya juga banyak memikirkan tentang perubahan iklim yang berlaku dan bagaimana berbezanya nanti dunia ini untuk anak saya, sebagai contohnya. Saya berada diri saya ini seorang yang mempunyai kesedaran mengenai alam persekitaran dan pembikinan album ini juga membuat saya berfikir mengenai dunia hari ini bersama gerakan flower child pada era 60an yang banyak memikirkan tentang alam sekitar. Proses itu telah membuat saya bertanyakan beberapa persoalan mengenai masa depan.
Apa yang membuat anda terinspirasi untuk menghasilkan album ‘Solar Power’?
Jujunya ketika saya sedang berjalan di taman berhampiran rumah saya bersama anjing saya. Saya akan bangun setiap pagi dan membawa anjing saya berjalan-jalan. Rutin itu membuka mata saya mengenai perubahan musim buat pertama kali. Saya dapat melihat cahaya pagi setiap pagi, dan cahaya malam pada setiap malam. Dari situ saya mula merasakan magis dunia persekitaran dan alam semulajadi. Selepas itu, saya mengembara ke Antartika dan nama ‘Solar Power’ muncul dalam fikiran saya. Itulah permulaannya.
Anda melihat muzik seperti warna. Menurut anda album ini mempunyai warna emas. Adakah keseluruhan album ini akan berwarna emas juga?
Betul, saya cuba untuk membuat album ini berwarna emas atau kuning. Saya cuba menghasilkan muzik seperti sinaran matahari. Ada beberapa lagu yang berwarna hijau dan biru. Keseluruhannya album ini berwarna emas.
Adakah ‘Solar Power’ menjadi penanda aras kematangan anda sebagai Lorde dan juga sebagai Ella?
Saya menghasilkan album ini sebagai respon kepada kehidupan bintang pop saya ketika itu. Saya mempunyai kehidupan yang sibuk dan gila, melakukan konsert jelajah di seluruh dunia. Dan selepas itu, saya kembali semula ke dunia domestic. Saya merasakan ia perubahan yang besar buat saya. Dan juga untuk karier saya sebagai seorang artis. Saya sentiasa perlu berundur ke belakang daripada menjadi bintang pop untuk menghasilkan sesuatu, dan menjalani transformasi untuk menulis sesuatu yang baharu. ‘Solar Power’ adalah fasa baharu dalam kehidupan saya.
Melalui video muzik ‘Solar Power’ dapat melihat sisi kesucian, kesegaran dan juga kegilaan, adakah peminat akan mendengar sisi lain daripada album ini?
Saya boleh katakana album ini mempunyai kepelbagaian. Terdapat momen yang besar dan menyeronokan seperti ‘Solar Power’ tetapi terdapat juga momen yang begitu senyap. Momen di mana saya berfikir tentang masa lampau, masa hadapan. Saya juga banyak berfikir mengenai keluarga saya. Berfikir tentang kehilangan dan juga melangkah ke depan. Ianya sangat mendalam dan terdapat pelbagai emosi di dalamnya. Tetapi semuanya seperti suara alam semulajadi.
Apakah lagu yang paling bermakna buat anda daripada album ini?
Lagu terakhir yang menutup album ini berjudul ‘Oceanic Feeling’. Lagu yang panjang. 6.5 minit mengenai kehidupan saya di New Zealand. Saya bercakap tentang adik lelaki dan bapa saya. Ianya sangat personal dan istimewa. Dan juga apa yang saya mahu untuk anak-anak saya nanti
Apakah perbezaan antara ‘Solar Power’ dengan dua album anda sebelum ini?
Saya merasakan diri saya sebagai shapeshifter. Saya cuba untuk tampil dengan muzik baharu setiap kali. Saya fikir itulah cara untuk memberikan keterujaan dan mencabar mereka. Saya mahu menjadi seperti seorang yang sukar diramal hala tuju saya. Saya ingat seperti album sebelum ini, ketika single pertama dilancarkan ramai yang keliru dan merasakan perbezaannya. Dan jurang masa untuk mengeluarkan album ini yang lama juga telah mengubah citarasa muzikal saya. Mungkin album selepas ini juga akan mempunyai muzik yang berbeza nanti.
Kali ini, anda tidak akan mengeluarkan CD untuk album ini. Apakah mesej alam sekitar yang mahu disampaikan?
Ini adalah topik yang sangat berat dan saya hanyalah seorang bintang pop, bukan pakar sains. Saya tidak mahu kelihatan keterlaluan. Tetapi, saya cuba menilai semula apa yang saya lakukan seperti menghasilkan CD atau merchandise. Saya mahu mengambil peduli secara personal mengenai perubahan iklim dan cap kaki karbon. Contohnya saya mula melakukan kompos di rumah dan kurang membeli pakaian. Ia banyak memberi kesedaran dan membuat saya mahukan alternatif kepada CD.
Anda tidak pernah menampikan artis lain dalam album sebelum ini. Siapakah artis yang anda mahu berkolaborasi pada masa hadapan?
Betul, saya jarang melakukan kolaborasi sebelum ini. Saya pernah menyebut nama Harry Styles dalam temu bual sebelum ini. Saya menyukai album terakhirnya sebelum ini. Saya suka gaya popnya, dia seorang yang menawan dan sangat cool. Mungkin kami boleh menghasilkan sesuatu yang cool nanti.
Bagaimana anda mengimbangi diri anda dengan trend muzik hari ini?
Sejujurnya saya cuba untuk tidak memberikan perhatian kepada trend yang terbaharu kerana saya mahu album saya kekal selamanya dan sentiasa berasa current untuk masa yang lama. Bukan hanya ketika ia dilancarkan sahaja. Selalunya inspirasi saya ceduk daripada pelbagai tempat dan genre, saya mahu membuat sesuatu yang akan kekal selamanya.
Adakah sukar untuk kembali dengan muzik baharu dalam situasi pandemik hari ini?
Ya, saya boleh katakan ianya sukar. Ia sangat berbeza. Selama tiga tahun saya menjadi orang biasa dan kini perlu kembali menjadi seorang bintang pop semula. Ketika saya berada di rumah saya akan memikirkan tentang album baharu, dan apabila saya berasa penat mempromosikan album ini saya akan memikirkan keseoronakan bermalasan di atas sofa. Ia peruabahn yang besara tapi saya menyukainya. Dan pandemik ini, saya berasa menarik untuk melancarkan album baharu. Saya bersyukur hari ini banyak yang sudah di buka. Dan ianya cool kerana tanpa pandemik ini mungkin saya tidak akan melakukan temu bual seperti ini.
Bagaimana anda melihat situasi pada tahun hadapan dan adakah anda berasa selamat untuk mengadakan konsert jelajah?
Saya seorang yang sering mendengar peraturan awam. Saya berharap dapat mengadakan konsert jelajah dengan selamat tahun hadapan. Saya sangat mengambil berat tentang keselamatan peminat saya. Mereka seperti anak-anak saya. Saya juga merasakan ramai yang mahu menghadiri konsert pada tahun hadapan selepas semua ini.
Album ‘Solar Power’ boleh didapati bermula 20 Ogos 2021 dan boleh distrim di semua platform muzik utama di sini. Peminat juga boleh dapatkan seleksi vinil dan kotak muzik eksklusif di laman web rasmi Lorde.
Foto: Universal Music Malaysia
Baca lebih lanjut: Alami Pengembaraan Maya Bersama Bintang Bollywood